Kawan boikot…FAUZIAH NAWI pasrah

“SAYA pernah diboikot kawan-kawan sendiri bila suami meninggal dunia (lebih 20 tahun lalu).

“Dia orang takut, kalau kalau saya dah jadi balu…nanti nak goda suami mereka.

“Saya masih ingat peristiwa itu….ada yang mudah berburuk sangka ingat artis ni sukakan suami orang.

“Maaflah, saya bukan begitu…sampak ke hari ini, saya berbaik dengan semua orang dan tak fikir nak dekati atau nak  rapat suami, ” itu suara hati seniwati tersohor Fauziah Nawi.

“Jadi bila saya bercakap atau  berseloroh di pentas Anugerah Skrin 2018 (meraih Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) , ia mengimbau kisah lalu.

“Demi Allah tak sindir orang atau artis lain. Ia tentang kisah ada orang mudah bersangka yang tak baik bila artis kematian suami,”katanya yang masih terkilan dengan kisah lalu dan difitnah menyindir Elly Mazlein di pentas.

Fauziah Nawi ditemui URTV Online pada malam prebiu dua pementasan teater, pertama  Dari Bintang Ke Bintang (Karya Sasterawan Negara Allahyarham Datuk  Usman Awang  arahan Muhammad Andi) lakonan Azimah Mazerin, Muhammad Faiz dan Syed Abdullah.

Terharu usaha mementaskan Rentas Sastera Nusantara 2018 mendapat sokongan dan sumbangan Persatuan Teater Malaysia

Kesemua mereka dari Variasi Perfoming Arts Singapura.

Teater kedua,  Bila Rama Rama Patah Sayapnya (karya Sasterawan Negara  Mohamed Latiff Mohamed. Arahan Iryanda Mulia Ramly) lakonan Azri Iskandar, Syel Ramlan dan Chi Azim, dari Sanggar Teater Fauziah Nawi Malaysia.

Kedua dua pementasan yang berlangsung di studio  Sanggar Teater Fauziah Nawi, Taman Putera Sulaiman , Ampang, Selangor itu  selama 3 hari (30 November hingga 2 Disember 2018)  sempena Rentas Sastera Nusantara, terbitan Stefani Events.

“Buat kali pertama,  kami buka ruang untuk penggiat teater yang ada misi dan objektif yang sana dakam kolaborasi intensif dan dinamik. 

“Bermula dengan jiran  Singapura , insya Allah tahun depan bersama Indonesia. 

“Patutnya malam ni ada wakil teater dari seberang bagaimana pun tak dapar hadir, dan  tahun depan kita akan mengusahakannya,”katanya.

Malam itu ramai hadirin termasuk penyanyi dan pelakon  Raja Azura, memuji usaha pementasan ini.

Raja Azura (kanan) hadir menonton teater dua negara yang dipersembahkan

Pada itu 9 November ini Fauziah Nawi akan menjayakan satu pementasan monodrama di Muzium Shah Alam antara lain aksinya nabti  tribute kepada sahabat seperjuangan Allahyarham Khalid Salleh.

Kepada Fauziah Nawi, terus berkarya dari hati, usah peduli onak dan duri. Sesungguhnya apapun pandangan usaha dan kelibat insan seni , biarkanlah kerana Allah lebih mengetahui.

Video: Isyraq Naiman
Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!