KALLA: HIDUP ATAU MATI padat dengan aksi, konflik dan drama

Bagi pencinta karya filem tempatan, jangan lupa menyaksikan filem terbitan Little Film berjudul Kalla: Hidup atau Mati pada 11 Oktober 2018 ini.

Filem yang bergenrekan suspens thriller ini diperkuatkan dengan barisan pelakon hebat yang cukup berpengalaman seperti Faizal Hussein, Vanida Imran, Azhan Rani serta kemunculan pelakon Indonesia kelahiran Malaysia, Farali Khan yang giat menempa nama di negara jiran.

Selain watak-watak utama tersebut, Heryanto, Razali Husin, Riz Amin dan Zaidi Omar antara pelakon yang turut berlakon dalam filem ini.

Kalla : Hidup atau Mati mengisahkan seorang professor sejarah meneruskan pencarian isterinya yang diisytiharkan mati dalam sebuah kejadian bangunan runtuh akibat serangan bom pengganas. Bermula dari situ, segala misteri mula dirungkaikan satu persatu oleh Ezahar yang membabitkan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Melengkapi genre suspens thriller, filem ini bakal menghidangkan pertarungan, aksi, konflik serta drama dari mula sehingga ke hujung filem ini.

Tidak sah kalau sesebuah filem tanpa lagu runut bunyi (ost). Untuk filem Kalla: Hidup Atau Mati, sebuah lagu runut bunyi berjudul Percayakan Hati Kita yang dicipta khas oleh seorang komposer tempatan yang tidak asing lagi iaitu Ajai dan disampaikan oleh Noryn Aziz dan Hazama.

Lagu Percayakan Hati Kita berkisarkan tentang keutuhan cinta dan kerinduan yang tidak bertepi seorang kekasih kepada pasangannya akibat terpisah secara tiba-tiba.

Pemilihan duo ini adalah berdasarkan kekuatan vokal serta emosi Noryn dan Hazama yang mampu menyempurnakan melodi serta lirik lagu tersebut.

Selain itu, bagi sama-sama merancakkan kemeriahan kemunculan filem melayu tempatan, Little Film Sdn Bhd turut menganjurkan sebuah peraduan yang menawarkan hadiah telefon pintar berjenama.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, boleh ikuti laman media sosial rasmi filem Kalla : Hidup atau Mati di Facebook dan @KALLATHEMOVIE di Instagram.

Kemudian rakamkan aksi mimik muka atau ekpresi wajah melakonkan kembali dialog dari mana-mana adegan filem atau nanyian lagu OST Kalla (Percaya Hati Kita) dan muat naik video berdurasi 30 saat tersebut melalui akaun Instagram atau Facebook peribadi peserta dengan hashtag #KALLATHEMOVIE.

Bukti pembelian iaitu 4 keratan tiket filem KALLA turut diperlukan untuk menuntut hadiah. Peraduan ini bermula pada 11 Oktober 2018 sehingga

Siapa KALLA?

KALLA adalah sekumpulan lelaki dan wanita yang bersumpah untuk melindungi khazanah islam di Empayar Malaka pada abad ke-15. Objektif mereka adalah untuk menyampaikan khazanah kepada pemimpin yang sah apabila tiba masanya.

Saif adalah kumpulan dalam KALLA yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Mahmud adalah pemimpin sebenar KALLA.

Mahmud percaya beliau adalah pemimpin sebenar organisasi dan percaya bahawa untuk memastikan kebangkitan Islam, mereka perlu melancarkan serangan pengganas di seluruh dunia. Pemimpin lama KALLA tidak percaya dia adalah pemimpin yang benar.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!