“Kalau kita nak berbadan solid, kena korban masa” – Datuk A.Aida

Foto: Faisol Mustafa

REZEKI Syawal namanya. Berkat doa dan usaha tak pernah jemu untuk berbadan langsing menarik,  produser A.Aida Production, Datuk Zaidah  Awang, 40an,  kini duta pusat gimnasium antarabangsa, Anytime Fitness.

Cerita Zaidah atau A. Aida,“Alhamdulillah, tak sangka kerana sering datang ke sini tiga atau lima kali seminggu sebab sungguh-sungguh nak menjaga bentuk badan, sudahnya saya ditawar menjadi duta gim yang terkenal dalam dan luar negara ini.

“Saya sebagai duta cawangan gedung beli-belah Ampang Point, Ampang bermula pertengahan Jun ini. Malam ini (13 Jun 2019)  perjanjian  antara kami  ditandatangani dan  waktu yang dipersetujui kedua-dua belah (kontrak setahun dan diperbaharui setiap tiga bulan). Turut sama Ivan Thean selaku pengurus gim.

“Mengapa kah saya selesa dengan pusat gim ini? Selain berdekatan tempat tinggal,  alat-alat senaman di sini moden dan lengkap,  persekitarannya,  bersih dan luas malah seramai enam orang jurulatih atau  trainernya bagus dan meyakinkan.

“Harga dikenakan untuk menggunakan khidmat gim ini,  berpatutan untuk semua orang.  Saya selalu menghabiskan masa dengan kawan-kawan selama  lebih dua jam bagi setiap sesi senaman. Kalau sibuk waktu siang ,boleh ke sini kerana sebelah malam.

“Tak macam sesetengah gim syarikat lain waktu operasinya terhad. Di Anytime Fitness di mana sahaja,  terbuka 24 jam.”

Wanita yang  berbentuk badan ideal dengan berat 53 kg (hasil usaha setahun keluar masuk gimnasium),   juga mengakui pihak gim tersebut juga bersetuju  menyokong perniagaan terbaharunya.

“Kerjasama yang ditawarkan kepada saya  untuk membolehkan produk membantu menyingkir lemak dan  memutihkan kulit  Perfect 10   yang saya sedang saya usahakan, di jual di sini. Insya Allah bakal dilancar dan masuk pasaran Julai ini,” cerita Aida yang melaburkan bukan sedikit  untuk bisnes terkininya.

NASIHAT

BERKONGSI rahsia bertubuh solid dan langsing, kata Aida lagi, “Saya juga nak ingatkan, kalau kita nak berbadan langsing, kena berkorban masa.  Jangan fikir sekali dua datang gim dah boleh buang lemak-lemak.

“Kena juga ambil minuman kesihatan membantu kecantikan dalaman. Diet makan mesti betul. Biar berjadual waktu senaman dan paling penting `berguru’. Main besi di gim bukan sesuka hati, dapatkan khidmat  jurulatih pakar dan barulah nampak hasilnya.”

Setelah berjaya menjadi penerbit drama TV  dan filem tempatan dan melibatkan diri dalam perniagaan hartanah, kini A. Aida melangkah  dalam dunia  perniagaan  minuman kesihatan dan kecantikan kulit pula.

Tahniah. Semoga  terus berdiri sebagai ahli perniagaan wanita yang berjaya.

PENGUMUMAN PENTING

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau yang sedang diburu wartawan kerana ingin mengetahui tentang cerita peribadinya memberitahu akan membuat pengumuman penting kepada wartawan dan peminat Selasa ini.

Hamil kah? Atau ada perkara lain  perlu didedahkan?

Nantikan Selasa nanti,  majlis sidang akhbar itu dijadualkan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!