Juadah Cina Muslim enak di restoran AA BA TA #jomlepak

Bagi penggemar makanan cina muslim, restoran Aa Ba Ta adalah restoran yang perlu anda kunjungi. Terletak dipusat membeli-belah Ikon Connaught, Cheras, restoran ini menawarkan pelbagai pilihan masakan cina halal yang enak.

Baru dibuka pada Oktober lalu, restoran Aa Ba Ta yang diusahakan oleh penyanyi, Nico bersama dua rakan kongsi, Dr. Mohamad Rohaizat Mohamad dan Louise Leong Man Fai ini menyajikan pelbagai pilihan rangkaian hidangan cina muslim dengan harga yang berpatutan kepada pengunjung.

Menurut Nico atau nama sebenar Abdul Fashah Abdul Aziz, restoran ini dihasilkan dengan matlamat ingin menyumbang kepada pencinta masakan cina muslim seperti dirinya agar dapat menikmati sajian cina muslim yang enak dan lazat.

“Saya adalah penggemar masakan cina muslim. Jadi, saya ingin memudahkan peminat masakan ini untuk menikmatinya.

“Restoran Aa Ba Ta dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 9.30 malam. Manakala pesanan terakhir adalah pada pukul 9.00 malam.

“Semua menu yang ditawarkan disini pasti tidak mengecawakan pengunjung. Resepi di Aa Ba Ta adalah resepi turun temurun keluarga oleh cef yang mempunyai pengalaman dalam masakan cina muslim.

“Alhamdulillah sejak dibuka, sambutan dan respon yang diberikan pengunjung amat memberangsangkan. Hidangan yang paling mendapat sambutan di sini adalah ikan masak stim dan juga ikan goreng meletop.

Ikan stim (kiri) dan ikan goreng boom (kanan) antara hidangan paling popular di restoran Aa Ba Ta

“Selain menu ‘ala carte’, kami juga tawarkan hidangan set kepada pengunjung. Set yang ditawarkan adalah set untuk 3 orang, set untuk 4 orang, set untuk 5 orang dan set untuk 6 orang. Setiap set akan mengandungi ikan dan hidangan sampingan mengikut set,” katanya ketika ditemui URTV Online di Restoran Aa Ba Ta baru-baru ini.

Antara hidangan yang ditawarkan Aa Ba Ta adalah ikan masak stim, ikan goreng boom, udang goreng tepung pedas, udang kukus, udang goreng, sotong saderi goreng dan sotong gong bao.

Udang goreng (atas) dan udang kukus (bawah)

Selain itu, hidangan telur kukus, pai ayam kukus, wantan goreng, kukus tauhu putih, telur goreng udang, telur goreng peria, ayam masak masam manis dan macam-macam lagi.

Manakala untuk penggemar sayur-sayuran, Aa Ba Ta menawarkan pilihan masakan sayur seperti bendi kukus, daun salad, kang kung, kubis, daun keledek, kacang kelisa dan macam-macam lagi.

Bendi kukus

Tambah Nico, Aa Ba Ta amat mementingkan kualiti dalam setiap hidangan yang disediakan. Menu yang ditawarkan di Aa Ba Ta sememangnya segar dan berkualiti kerana menggunakan bahan-bahan segar.

“Di sini kami menyajikan yang terbaik buat anda. Kualiti adalah keutamaan kami. Ikan yang kami gunakan adalah ikan yang sangat segar dan berkualiti.

“Semua ikan yang dihidangkan di Aa Ba Ta dibela sendiri dan kami menjaga pemakanan ikan tersebut dan bukan makan makanan biasa-biasa. Jadi rasa ikan memang sangat enak dan kesegarannya amat terjamin,” katanya.

Buat anda yang ingin pelbagai sajian enak yang ditawarkan Aa Ba Ta, boleh kunjungi restoran Aa Ba Ta. Pasti anda tidak akan kecewa.

Restoran Aa Ba Ta
G03, Ground Floor,
Ikon Connaught Shopping Mall, 
56000 Cheras, Kuala Lumpur. 
Dibuka setiap hari
(11.00 pagi hingga 9.30 malam)

 

 

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!