Jomlah singgah berbuka di Riverside PWTC

SIBUK membeli belah berdekatan Pusat Dagang Dunia Putra atau PWTC (Putra World Trade Centre)  menjelang sambutan lebaran? Ingin mendapatkan lokasi berbuka yang selesa, dingin dan makanan sedap-sedap?

Jomlah singgah ke Restoran Riverside  PWTC. Ada macam-macam sajian  makanan  Melayu di sini. Hidangan bufetnya lebih 250 jenis juadah!

“Harga dikenakan tahun ini serendah  RM88.00 seorang dan kanak-kanak usia 7 hingga 12 tahun dikenakan hanya RM48.00. Untuk warga emas ( 60 tahun ke atas), ialah RM75.00.  Kami juga menerima tempahan syarikat korporat atau persendirian untuk majlis berbuka melebihi atau 100 orang dengan harga seorang RM98.00 sahaja,” kata Pengarah Pemasaran dan Komunikasi PWTC, Intan Tantiyana Puteri Jaafar.

“Operasi untuk majlis berbuka di sini  bermula 8 Mei  sampai 3 Jun tahun ini. Pasukan cef kami diketuai oleh Cef Eksekutif  Suzaini Mohamed Salih.

“Sajian utama masakan kampung yang akan bertukar hidangannya setiap minggu dengan aneka lauk pauk yang sedap-sedap. Antaranya Ayam Kampung Kerisik Betik Muda, Ayam Gulai Minang Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Asam Pedas Ikan Pari Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tengiri Masak Kari Hijau Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga Daun Kaduk, Daging dan Paru Kari Kawah.

“Selain nasi putih ada Nasi Goreng Kampung. Terdapat juga stall untuk hidangan panas kuetiau goreng, kambing bakar dan lain-lain.

“Sementara ulam-ulaman pula ada 13 jenis, keropok enam jenis, jeruk jeruk lapan  jenis, sambal dalam 14 jenis, kerabu-kerabu dalam 13 jenis. Minuman panas dan sejuk pun ada. Ada aneka minuman sejuk disediakan.

“Kami juga ada Kambing Goreng Berempah  dan Ketam Telur  Masin. Kuih muih  dan pencuci mulut pun pun macam-macam,”  katanya.

Rakan-rakan  artis  hadir  menikmati  promosi hidangan berbuka puasa di sini seperti Rohana Jalil,  Fazli Zainal, Arja Lee, Isma memuji hidangan bufet Ramana di sini, memuaskan hati. Apa lagi, kalau rasa-rasa petang ini nak berbuka di sana, silalah buat tempahan di talian 03-2614 6999 atau 2614 6225.

https://www.youtube.com/watch?v=qWg1r_QBjfg
Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!