Jom sertai ujibakat program I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA

Berunsurkan konsep dan format rancangan asal dari Korea Selatan oleh CJ E&M, kini tiba I Can See Your Voice Malaysia versi Bahasa Malaysia.

Setiap episod, enam orang peserta akan diperkenalkan dan dengan kerjasama ahli panel, penyanyi jemputan perlu menyingkirkan para peserta sehingga tinggal seorang sahaja peserta. Pada penghujung setiap episod, peserta terakhir akan berganding bersama penyanyi jemputan, di mana akan diketahui sama ada peserta tersebut mungkin bersuara merdu atau sumbang.

Menurut penerbit eksekutif I Can See Your Voice Malaysia, Puan Mas Ayu Binti Ali, “Program ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menceburi dalam bidang hiburan. Program ini tidak mendiskriminasi mereka yang tidak mempunyai bakat nyanyian, oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan khalayak ramai yang berminat untuk menghadirkan diri ke sesi uji bakat.”

Berminat untuk muncul di kaca televisyen Media Prima Berhad? Sesi uji bakat terbuka untuk warganegara Malaysia berusia 15 tahun ke atas dan yang berminat untuk mempamerkan bakat terpendam mereka di kaca televisyen. Peserta yang menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah menghadirkan diri ke sesi uji bakat yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15, 16 & 17 Disember 2017

Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi: Sri Pentas, Bandar Utama

Datanglah beramai-ramai ke sesi uji bakat I Can See Your Voice Malaysia dan jangan lepaskan peluang anda untuk muncul di kaca televisyen Media Prima Berhad!

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!