Jom riuhkan SU.RE SIHAT CARNIVAL

SEMUA warga Kuala Lumpur dan Selangor di undang berhibur sambil mengikuti kempen kesedaran kesihatan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 27 dan 28 Julai ini.

Karnival selama dua hari anjuran Persatuan Sukan , Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur ini akan turut dijayakan penyanyi terkenal dan pakar bedah selain aneka acara menarik yang disediakan.

“Dua orang artis popular Nora Ariffin ,Iman Balqis akan menjayakan acara hiburan dan  pakar bedah Dr Mustafa Taher untuk memberikan ceramah berkaitan kesihatan. Selain itu macam-macam program lain seperti zumba dan lain-lain aktiviti disediakan untuk pengunjung.

“Semua dijemput datang, bawa bersama-sama keluarga juga rakan-rakan. Karnival akan bermula sekitar pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Masuk adalah percuma.

“Di sini juga kami akan membuka booth untuk disewa serendah RM300 selama dua hari. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi talian 019 348 8054 (Shameem),  012 390 9150 (Azri), 016 2330678 ( Rafeah), “ kata Presiden Persatuan Sukan Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur, Shameen Ashraf.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!