Jom berzumba di FIESTA MED 2019 pada 27 dan 28 April ini!

Bagi yang gemar berzumba, jangan lepaskan peluang menyertai aktiviti Zumba Aloha Melaka di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sempena Fiesta MED 2019: Usahawan Wira Ekonomi pada 27 dan 28 April ini.

Aktiviti ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira umur dan bangsa dan akan berlangsung pada pukul 8.00 pagi (27 April 2019) dan 4.00 petang (28 April 2019).

Dikendalikan oleh 11 tenaga pengajar zumba selebriti (ZIN) yang berpengalaman seperti Eena, Elvis, Che Yam, Hani, Rime Sisal, Helen Ho, Samantha, Fufoo, Mickey, Sisi dan May.

Selain aktiviti zumba, Fiesta MED 2019 turut menawarkan pelbagai program menarik yang boleh disertai pengunjung secara percuma.

Antaranya pertandingan Pidato Generasi Harapan, Battle Orang Muda, Gusti Lengan Mr. Melaka, pertandingan karaoke secara terbuka dan banyak lagi aktiviti lain.

Paling best, ada juga kenduri rakyat bersama Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof atau Pak Wan bersama komuniti di Masjid Alor Gajah.

Selain itu, terdapat juga 300 reruai jualan, trak makanan, 50 usahawan anak seni, reruai 1 daerah 1 industri (SIDI), jualan harga patut dan juga showcase jualan selebriti pada Fiesta MED 2019.

Jangan lupa berkunjung ke Fiesta MED 2019 di MITC Melaka bermula 26 hingga 28 April 2019 ini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!