Jelajah Ramadan RTM 2019 Kembali Dengan Edisi Ke-8

Memasuki edisi ke-8 tahun ini, sepanjang Ramadan ini pendengar setia saluran radio RTM dijanjikan dengan pelbagai program utama termasuklah ‘Jelajah Ramadan 2019’yang merupakan program tonggak saluran radio RTM setiap tahun. Program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini melibatkan stesen radio RTM peringkat ibu pejabat, negeri dan tempatan untuk tempoh 24 hari.

Skuad Jelajah Ramadan 2019 bakal menjelajah ke seluruh negara dengan berkongsi aktiviti mendekati orang ramai mulai 5 Mei 2019 hingga 28 Mei 2019.

Pelancaran Flag Offdi JOHORfm pada 5 Mei 2019seterusnya ke Negeri Sembilan (7 Mei 2019)dan Melaka (8 Mei 2019). Penjelajahan diteruskan ke pantai timur dimulakan di Pahang (8 Mei 2019), Terengganu (9 Mei 2019)dan Kelantan (10 Mei 2019). Ke utara menuju ke Perlis (11 Mei 2019), Kedah (12 Mei 2019), Langkawi (13 Mei 2019)dan Pulau Pinang (14 Mei 2019). Singgah pula di Radio Ibu Pejabat pada 14 Mei 2019dan terus ke Selangor (16 Mei 2019)dan Perak (18 Mei 2019).

Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan. Skuad akan singgah di Keningau (15 Mei 2019), Tawau (17 Mei 2019), Labuan (18 Mei 2019), Sandakan (19 Mei 2019)dan Kota Kinabalu (21 Mei 2019). Meneruskan perjalanan ke negeri jiran, Sarawak yang bermula di Limbang (14 Mei 2019), Miri (15 Mei 2019), Bintulu (16 Mei 2019), Sibu (20 Mei 2019), Sri Aman (22 Mei 2019)dan Kuching (24 Mei 2019). Penutup Jelajah Ramadan 2019bertempat di Wisma Radio, Angkasapuri pada28 Mei 2019.

Pelaksanaan program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada pelbagai agensi dan juga badan-badan korporat. Selain itu, pemimpin-pemimpin tempatan turut sama turun padang sebagai tanda sokongan untuk menjayakan program CSR ini.

Dengan tema “Sucinya Ramadan”, RTM secaranya amnya meletakkan matlamat penganjuran program Jelajah Ramadan sebagai salah satu platform dan inisiatif berterusan untuk mendekati golongan asnaf tanpa mengira bangsa dan usia yang kurang bernasib baik melalui ziarah kasih sambil menghulurkan bantuan yang disumbangkan.

Kerjasama erat yang wujud antara RTM dengan agensi dan badan-badan korporat sama ada dalam bentuk tenaga, masa, fasiliti dan barangan dilihat mampu memberikan impak positif antara kedua-dua pihak terutamanya untuk pelaksanaan aktiviti berbentuk kemasyarakatan pada masa akan datang.

Untuk rekod, program Jelajah Ramadan yang telah bermula sejak tahun 2012 telah mencipta sejarah kerana telah diiktiraf dalam Malaysia Book of Recordssebagai Program Tanggungjawab Sosial Korporat Terpanjang Di Malaysiameliputi pelaksaan 38 aktiviti di seluruh negara.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!