Jelajah kempen kesedaran media sosial FYI siri kedua #FYIBeAnInfluencer

Kempen kesedaran media sosial, FYI (singkatan bagi Facebook, YouTube, Instagram) anjuran laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv kembali bagi siri kedua.

Kempen kali ini akan menjelajah ke beberapa buah universiti tempatan untuk berkongsi pengalaman jemputan khas personaliti media sosial bertemakan “#FYIBeAnInfluencer”.

Jelajah kempen ini bermula pada November 2018 sehingga Februari 2019 di universiti terpilih antaranya Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Management & Science University (MSU).

Merujuk kepada tema kempen kali ini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada pengalaman personaliti media sosial atau influencer yang akan berkongsi secara peribadi apakah yang perlu diketahui untuk menjadi seorang public figure di laman sosial terbesar ketiga dunia iaitu Instagram.

Jelas sekali tanggungjawab bagi menjadi influencer adalah amat berat serta memerlukan ketahanan mental tinggi. Selain itu juga, jelajah ini memberikan inspirasi kepada belia agar menggunakan kuasa digital dan media sosial bagi memberi impak positif kepada masyarakat.

Kempen ini telah dimulakan di lokasi pertama iaitu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 27 November 2018. Influencer yang hadir berkongsi pengalaman adalah pengacara dan penyampai radio popular, Jaa Suzuran (@jaasuzuran) serta penyanyi terkenal, Naim Daniel (@naimdanielx).

Jaa Suzuran
Naim Daniel

Pada aktiviti di lokasi, 100 pelajar yang membuat pra-pendaftaran di laman web hurr.tv menerima beg cenderamata sementara pemenang bertuah membawa pulang sebuah telefon pintar menerusi cabutan bertuah.

Pelajar yang hadir turut berpeluang memenangi hadiah di booth hurr.tv menerusi aktiviti ‘Spin the Wheel’, mengambil foto di booth gambar hurr.tv dan mendapat diskaun khas di booth penjagaan wajah dan kulit, muca serta mi segera Awesome Mama.

Pelajar juga berpeluang untuk menyertai rancangan permainan dalam talian hurr.tv, Jom Cabar yang akan dirakam sepanjang kempen ini berlangsung. Mereka dapat menyertai cabaran yang menyeronokkan bersama influencer jemputan dan memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk sebuah telefon pintar. Jom Cabar akan disiarkan di hurr.tv pada Februari 2019.

“FYI adalah jelajah yang menerapkan konsep mendidik sambil menghibur. Ia sudah pasti memberikan nilai tambah kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan secara peribadi oleh influencer jemputan serta berkongsi pandangan dan maklum balas berkaitan dunia media sosial.

“Kempen ini juga adalah program kesedaran kami dalam memberikan inspirasi kepada belia agar menggunakan media sosial sebagai satu platform yang bukan sahaja mampu menjana pendapatan sekiranya digunakan dengan betul malah turut membawa kebaikan kepada masyarakat,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Aqeesh Aleeya

Pada siri jelajah berkenaan, pelajar-pelajar turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh artis naungan hurr.tv iaitu Aqeesh Aleeya yang menyanyikan single terbaharunya ‘Aku Malu’ serta oleh Yazmin Aziz juga dengan single terbaharunya berjudul ‘Lihatlah’. Antara influencer lain yang akan berkongsi pengalaman pada sesi akan datang adalah Rose Nicotine (@itsrosenicotine) dan Sharifah Rose (@sharifahrose_).

Yazmin Aziz

Jelajah FYI siri kedua disokong oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, muca.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!