JAY NAZIF (Mak Cun) impi bawa keluarga ke Mekah

Ingat tak watak kanak-kanak comel bernama Atan dalam siri drama popular Mak Cun 4 (TV3) kan? Haa… Itulah Jay Nazif, 10, atau nama sebenarnya Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi. 

Sejuk hati URTV bila dengar Jay Nazif memasang impian mahu bawa keluarga dan orang-orang susah mengerjakan umrah di Mekah.

Cerita Jay, “Selain mahu mencari rezeki dan membina kerjaya sebagai pelakon, saya bercita-cita mahu bawa mak ayah serta keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah.

“Mungkin bukan dalam masa terdekat ni, Insya Allah… Bila duit dah cukup, saya nak bawa mereka ke sana. 

“Bukan itu sahaja, kalau ade rezeki lebih, suatu hari nanti saya mahu menaja orang-orang susah untuk tunaikan umrah pula. 

“Bagi saya, rezeki yang ada kalau dikongsi dengan keluarga dan golongan yang memerlukan, insya Allah… Hidup lebih diberkati.

“Di kesempatan ini, saya nak ucap terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan untuk saya terus berlakon. Tak lupa juga kepada mama Erma Fatima kerana beri peluang saya berlakon dalam Mak Cun.”

Jay (tengah) bersama keluarga. Dari kiri: Ibunya, Roshaniza, Nabil Ilham (abang sulung), Naufal Iman (abang kedua) dan Mohd Nazi (ayah)

Luah Jay Nazif yang pulang beraya di Pulau Pinang bersama keluarga.

Sambungnya, “Cakap pasal hari  raya, kenangan yang paling saya rindukan adalah memasang pelita bersama keluarga pada malam tujuh likur. Dah lama dah tak rasa suasana tu.

“Apa-apa pun, saya bersyukur masih dapat beraya bersama mak ayah. Saya selalu terfikir, bagaimanakan agaknya perasaan mereka yang beraya tanpa orang tua kan?”

Jay Nazif menagku semakin popular semenjak berlakon dalam siri drama Mak Cun 4

Betul cakap Jay Nazif tu. Bila dah berjaya nanti, jangan lupakan keluarga tau!

Pasal kerjaya, selain aktif berlakon, Jay Nazif kini menjadi penyanyi di bawah syarikat rakaman NAR RECORDS.

Jay ada menyanyikan semula lagu Suasana Hari Raya versi akustik yang boleh ditonton di saluran YouTube nartvnetwork.

Tak lama lagi, Jay akan masuk studio untuk merakamkan lagu pertamanya yang akan dilancarkan pada Julai ini.

Jom kenal Jay Nazif!

Biodata
Nama penuh: Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi
Nama komersial:Jay Nazif
Umur: 10 tahun
Asal: Pulau Pinang
Tunggi: 135 CM
Berat: 27 KG
Idola: Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Datuk Seru Siti Nurhaliza, Zul Ariffin, Datuk Awie,Micheal Jackson & Syamsul Yusof
Makanan Kegemaran: Nasi Beriyani dan roti Canai.
Minuman Kegemaran: Jus epal dan sirap.
Kenangan Manis: Dianugerahkan ‘dribbling terbaik’ dalam kejohanan bola sepak Angkatan Tunas(ATS) Pulau Pinang.
Pencapaian Dalam bidang seni: Menjadi model dalam talk show untuk program di Singapura (Gara-gara Nurul & Sharil), berlakon dalam Seram Selebriti 2, memegang watak sebagai Atan dalam Mak Cun 4,penampilan khas dalam Teater Pak Pandir Sebuah Muzikal dan menjadi artis rakaman bersama NAR Records.

Foto: Zulhilmi Zaini

Ruang komen

Please enter banners and links.

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!