Jangan prejudis dengan si badan besar! – AZ

JANGAN pandang mereka dengan sebelah mata! Mereka pun ada perasaan dan keinginan bergaya apatah lagi pada hari bahagia seperti perkahwinan.

Pereka pakaian Azhar Zainal menegur sikap sesetengah pengusaha dan pekerja butik yang nampak `pilih kasih’ dan `layan tak layan’ dengan pelanggan berbadan besar dalam mendapatkan khidmat mereka.

Kebanyakan butik dilihat selesa menyewakan pakaian pengantin  yang saiznya terhad untuk yang berbadan langsing sehingga bakal Raja Sehari terpaksa menurunkan berat badan, menjelang hari bahagia.

“Saya pernah melalui peristiwa sama sebelum ini, nak masuk  butik…  ada pekerjanya,  memandang kita, lain macam. Seolah-olah nak kita faham, jangan salah tempat. Saiz baju kita tak dijual di situ.

Azhar bersama-sama model pakaiannya, berbaju biru ialah isterinya pereka dan model.

“Sejak dua tahun mengusahakan butik di Puchong, saya dan menawarkan, saya dan isteri, menawarkan  perkhidmatan  untuk pelanggan  tak mengira saiz dan mengalu-alukan wanita dan lelaki berbadan besar menempah pakaian.

“Setakat ini, alhamdulillah ramai yang sudah mendapatkan khidmat kami.

“Dalam bab menempah baju saya melayan permintaan untuk apa yang mereka mahukan. Biasanya, saya menasihatkan mereka ada baiknya menempah berbanding menyewa. Ini kerana ia kenangan bermakna. Dan apatah lagi mereka boleh mendapatkan rekaan mengikut kemahuan di samping kita memberi pandangan, nasihat dan berusaha menjadikan kemahuan mereka satu kenyataan. Insya Allah. Elakkan sikap yang boleh  mengecilkan hati , jauh sekalilah, mempersendakan pelanggan,” pesannya.

Azhar Zainal bekas graduan fesyen Universiti Tunku Abdul Rahman telah  menganjurkan satu pertunjukan fesyen sempena  program Raikan Cinta di Balai Seni Lukis Negara, pada 24 November.

Antara lain program itu mengalu-alukan acara Weddings Malaysia  yang dijadualkan berlangsung  Matrade dan juga Langkawi pada tahun depan.

Program itu dijangka mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan dan juga Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat mengalu-alukan festival perkahwinan berbilang kaum negara ini.

“Dan bila ada pertunjukan fesyen ketengahkan juga fesyen terbaharu koleksi saya untuk yang berbadan besar. Dan  dalam masa sdama saya mengundang designer Krishan Bahadur dan Dwen Raha untuk koleksi terkini baju kahwin,” ujarnya.

Tidak dinafikan persembahan fesyen petang itu menarik. Hadir memukau penonton selain model-model cantik bertubuh langsing dan  yang comel berbadan besar tentunya kelibat model dan aktres terkenal tanah air dan bertaraf antarabangsa-NashaAziz!

Koleksi Dwen Raha diperagakan Nasha Aziz memukau hadirin

Gerak gaya Nasha mempamerkan koleksi Dwen Raha mendapat tepukan.

Dwen Raha bersama model dan koleksi pakaian

Persona baju kahwin koleksi gaya Bollywood oleh Krishan Bahadur tak dinafikan memiliki aura dengan ilhamnya.

Fesyen malam berinai dan juga pilihan peminat Bollywood oleh Krishan Bahadur

Tahniah Azhar Zainal dalam usahanya menganjurkan program Raikan Cinta selama dua hari yang dikendalikan oleh Ketua Publsiti program, Suraya Rahman di mana  acara Raikan Cinta selama dua hari itu turut  mengadakan  pertandingan solekan pengantin dan pencarian model baru berbadan besar pada 25 November.

“Ini kerana kami akan teruskan lagi pertunjukan fesyen-fesyen untuk mereka yang berbadan besar lagi,  di masa akan datang,” tambahnya.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!