Jangan pilih kasih, DJ DAVE NAK JUMPA YB GOBIND

MAHU berjumpa dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Gobind Singh. Itulah hasrat penyanyi dan ahli perniagaan,  yang juga pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Artis (YKAT)- Datuk Irwan Shah atau popular sebagai DJ Dave, bagi membincangkan rezeki artis veteran dan sezamannya.

Katanya kepada URTV Online, “Saya merancang bertemu dengan YB Gobind   membincangkan  peluang kepada artis- artis lama muncul dalam rancangan  TV  tempatan. Bukan sesekali dalam musim perayaan . Jangan lupakan yang lama,  bagi rancangan hiburan semasa.

“Ada yang sudah lama tak muncul di TV. Mereka ada mengadu dengan saya. Kita faham stesen- stesen TV mengutamakan artis baru tetapi artis lama juga ada pengaruh dan yang masih aktif. tak salah diundang.

“Apa salah dalam sesebuah rancangan itu ada kalau dalam sesebuah rancangan  diperuntukkan 10 artis ,tak salah tiganya daripadanya orang lama.”

Hasrat DJ Dave itu memang wajar bagi membantu rakan-rakan artis terutama penyanyi yang bagai terpinggir oleh stesen- stesen TV tempatan tidak pilih kasih.

Baik pelakon atau penyanyi, mereka berhak diberi peluang.

Lagu-lagu nyanyian artis lama pun masih laku dan popular di corong radio tempatan.

Terdahulu pada 15 Januari 2019, berlokasi di Sudirman Coffe House, Hotel EDC, Jalan Raja Laut, DJ Dave bersama-sama pemenang amanah Yayasan Kebajikan Artis Malaysia menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada 15 orang artis kalangan penyanyi, pelakon dan pemuzik sempena perayaan Hari Natal dan Tahun Baru Cina.

“Setiap tahun, sejak enam tahun lalu, kami mengadakan majlis sumbangan seumpama ini, biasanya bila datang musim perayaan pelbagai kaum di negara ini. Malah kita tak melupakan sumbangan kepada yang mencapai usia 60 tahun.

“Saya bersama-sama ahli pemegang amanah YKAT antaranya Datuk Yusof Haslam, Datuk Nash, Datuk Nancie Foo, Datuk M. Nasir bersetuju untuk sumbangan diberikan juga kepada yang sudah masuk usia warga emas.

“Tidak kira bangsa dan agama  sama ada mereka sihat atau tidak, bila sudah masuk usia 60an, kita akan beri sumbangan, sekurang-kurangnya mereka akan merasai hak dari dana yang sedia ada. “Bagi yang meraikan perayaan tentu sumbangan ini bermakna bagi mereka,” tambahnya.

Antara mereka menerima sumbangan ialah penyanyi Salamiah Hassan, 67, Tok Cheng Boon, 64,  Lim Kong Tuck,69 pelakon Chan Yoke Cheong, 68,  Datin Faridah Mansor, 60, pelakon dan pengarah  Majed Saleh, 60 pemuzik Canute Joseph De Costa, 63, William Nicholas Rodrigues, 78, dan Othman Jannah Mohd Daud, 72.

Selain itu pihak YKAT juga turut memberi sumbangan kepada artis yang tidak sihat dan memerlukan bantuan juga kepada balu yang  meninggal dunia. Terbaharu, balu kepada pelakon Allahyarham  Mior Ahmad Zaidi dan pihak keluarga Allahyarham Ruzzlan Abdullah Shah yang meninggal dunia baru-baru ini.

Dalam pada itu Datuk DJ Dave merakamkan  rasa rterima kasih YKAT kepada kerajaan terdahulu yang membantu dana persatuan ini dan berharap ia kerajaan sekarang meneruskannya kepada insan seni yang berjasa dan memainkan peranan perpaduan melalui industri hiburan tempatan.

“Saya juga Insya Allah sedang merangkakan program untuk majlis makan malam kutipan dana YKAT tak lama lagi sekitar November tahun ini,” katanya.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!