Jangan `membawang’ pesan UJI RASHID

PENYANYI bermata galak dan masih bertahan cantik, Uji Rashid  berharap tidak ada peminat-peminat yang  ghairah atau sibuk bergosip hanya kerana promosi Konsert Retro Istana Budaya 1 dan 2 Februari yang melibatkannya dengan Dayang Ku Intan, Hail Amir, Jay-Jay dan lain-lain,  disensasikan kerana gambar lama.

“Pihak Istana Budaya melalui Ketua Pengarahnya sudah menjelaskan, gambar lama saya yang masih belum bertudung sekadar berkongsi  foto nostalgia lalu tentang saya,” katanya kepada URTV selesai majlis sidang akhbar konsert itu petang 17 Januari baru-baru ini.

Uji berbesar hati dapat menjayakan konsert yang akan diiringi oleh Orktesra Tradisional Malaysia.

“Alhamdulillah,  setakat ini, ramai peminat – peminat saya di Brunei dan Singapura malah Kampung Baru, Kuala Lumpur,  akan datang menonton,” katanya yang akan menyanyikan beberapa buah lagu duet dengan Hail Amir selain solo, gembira mendapat tahu sesudah promosi awal Istana Budaya mengenai konsert itu, banyak tiket laris dijual.

“Terima kasih Istana Budaya dan pihak yang masih nampak kami yang masih di sini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Uji Rashid memberitahu URTV, ada permintaan  dan pelawaannya untuknya kembali  berlakon.

“Saya tolak bersebab,”  katanya.

Nak tahu kenapa , jom layan rakaman video interbiu URTV dengannya. Kepada peminat-peminatnya, jangan lupa menonton persembahan Uji  yang punya banyak lagu sedap dengan suaranya yang manja.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!