Jangan main-main isu curang, zina dan hijab – MUTAWWIF AKMAL

BILA berjauhan dengan kekasih, suami atau isteri, membuatkan diri seseorang itu mudah bosan? Mestikah dalam suasana itu,  terlanjur curang!?

Mengapa kena  elak  zina? Dan apa sebab  wanita kena tutup aurat dan tak main main dengan isu berhijab?

Jom baca nasihat salah seorang peserta program popular Manhajj Mutawwif Musim 2 yang sedang bersiaran di Astro Oasis (setiap  malam Sabtu)

Ustaz muda  Mutawwif Musttakin  Akmal salah seorang peserta, ketika diwawancara untuk URTV  menasihatkan, “Isu suami isteri  berjauhan dan ada yang mudah tergoda  dengan orang lain, antara cerita dan masalah rumah tangga sesetengah orang, dulu mahupun sekarang. 

“Dalam hal ini , bersandar pada hati dan fikiran setiap orang.  Kekuatan diri  dengan adanya kesetiaan. Ini, boleh elak yang terlarang berlaku. Jagalah hubungan dengan  pasangan sedaya upaya, elak hal hal  menyakitkan hati  pasangan terjadi. 

“Bagi yang dah kahwin tu, ingat saat manis juga susah senang bersama sama. Jadi tak perlu berlaku curang bila berjauhan sebaliknya menghargai rindu itu dengan mendoakan yang baik baik dan bertanya khabar pasangan.

“Zaman dulu orang bersurat, zaman sekarang dah canggih.  Macam saya, apabila menyertai program Manhajj Mutawwif,  kenalah berjauhan dengan isteri (Nuziwa Ismni) dan anak (Afif Ridha Mutakkin Akmal, 1 tahun 7 bulan) selama rancangan tentang cabaran sebagai mutawwif ini belum selesai. Semua peserta kena duduk di satu lokasi yang disediakan penganjur di Serdang , selama sebulan . Isteri saya menetap  di Johor.

“Bila rindu,  saya selalu berhubung dengan isteri melalui telefon. Tanya khabar. Ambil peduli. Suami isteri kena menjadikan rindu itu untuk menambahkan lagi kekuatan cinta.”

Nasihatnya, jangan manusia mudah ikut kata hati (bisikan syaitan) yang mengajak kepada  hal hal tak baik termasuk berselingkuh ketika jauh di mata  pasangan.

Seperkara lagi, jangan diajar diri dekati zina. Ramai pasangan kekasih malah  suami isteri mudah terlanjur!

Ada perempuan merelakan zina demi memikat hati lelaki namun sudahnya, ditinggalkan kekasih,  tak dibuat isteri.

“Jangan melakukan  hubungan intim itu sebelum  p adanya  ikatan perkahwinan yang sah, bersih dan direstui orang tua.  

“Cara terbaik elak zina dengan memikirkan itu perbuatan berdosa. Bagi yang belum kahwin, sabarlah  dengan megingati saat berumah tangga. Buat  persiapan untuk hidup berdua. 

“Kalau belum mampu berkahwin , fikir sedalam dalamnya kepada sebarang tindakan yang dilarang.

“Apa kita buat, Allah tengok. Elak perbuatan berpegangan tangan ke hulu ke hilir, bimbang kemesraan itu membuat berlaku yang tak baik, kemudian hari. Ingat padah, bila berzina. Akan ada masalah kepada yang berzina. Jagalah maruah diri,  maruah ibu bapa dan keluarga,”nasihatnya.

Ada pasangan berzina  melahirkan anak luar nikah, ada dijangkiti penyakit dan ada ditangkap pihak jabatan agama…semua ini, menghumbankan yang terjebak ke dalam masalah berat.

Akmal juga berharap hal berhijab, menutup aurat wanita, dipandang serius.

“Berhijab itu  perintah  Allah. Kita semua hamba Allah. Kita kena ikut perintahNya. Kita diberi makan, minum, rezeki oleh Allah. 

“Apa Allah perintah  buat, jangan dipermainkan.  Tutup aurat wanita itu wajib. Pasti ada hikmah, antaranya  demi elak fitnah, demi menjauhi lelaki lelaki yang nak  mengambil kesempatan bila aurat terdedah, hindar pandangan membawa hajat tak baik dan membendung diri daripada masalah yang kita tak sedar.

“Apa Allah suruh pasti bersebab. Macam solat, tak boleh kata tak sedia nak solat, itu perintah, kita kena buat, belajar dan berusaha ke arahnya. 

“Kita jangan cakap belum sedia…apatah lagi hidup kita ini kita tak tahu sampai bila akhirnya?,”tegur Akmal menasihati semua.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!