Jangan kacau rumah tangga orang – Riz Amin

KALAU yang hangat dalam dunia hiburan tentunya kahwin cerai artis kalau tidak hal curang! Kalau ada topik ini, riuh dunia hiburan dibuatnya.

Setelah penerbit drama dan filem, Datuk A.Aida mengesahkan dia dan pelakon Ariff Aziz sudah bercerai dalam diam-diam pada 25 April 2109,  kecoh kisah  rumah tangga Fizo Omar bergoyang.

Dalam pada itu, pelakon tinggi lampai Riz Amin juga jadi buruan wartawan hanya kerana dah kurang kelihatan dengan isteri.

“Saya? Tak semua majlis isteri ikut. Tapi itu tak bererti saya dengan isteri bermasalah. Alhamdulillah, saya dengan dia dah lama kahwin, bahagia dengan anak, ” itu pengakuan aktor Riz Amin kepada URTV.

Riz Amin yang menyedari ada yang cuba bikin panas mengusik perkahwinannya mengakui dia bertuah sebab isterinya bukan jenis melatah.

Jom tonton video pengakuan  Riz Amin yang  kacak, bertubuh sasa dan tinggi lampai ini.

Ruang komen
Huzz
News Reporter