“JANGAN DEMAND SANGAT”-DATUK TS JEFFREY

SATU episod mahu lebih RM3,000? Itu pendedahan panas URTV sebelum ini  apabila produser tempatan Haji Zeel ( Zeel Production) meluahkan rasa kecewa mengadu, ada artis mulai demanding.

Hal ini turut mendapat perhatian produser lain yang `garu kepala’ memikirkan, beberapa pelakon termasuk bernama besar berasa dirinya wajar `mahal’ apabila dimahukan stesen TV.

Pelakon era 80an yang juga seorang pengarah dan produser ( Pentas Wayang Sdn Bhd), Datuk TS Jeffrey turut mengingatkan semua pelakon supaya kena `sedar diri’ dengan tidak berlebih-lebih dalam soal bayaran gaji.

Selain itu, TS Jeffrey turut menyuarakan `pantang larang’nya dengan perangai pelakon-pelakon kalau mahu bekerjasama dengannya lokasi!

“Janganlah nak jual mahal sangat, elok bawa berunding terutama soal harga kerrana sama-sama cari makan. Harus fikir sama yang produksi tak untung besar pun. Bayaran diterima produser daripada pihak stesen TV, dari dulu sampai sekarang masih tak berubah! Tak naik-naik.

“Sedangkan kos penerbitan makin hari makin meninggi.  Macam mana penerbit nak hidup kalau artis pula nak tekan harga…satu episod lebih RM3,000 atau RM4,000?.

“Kena ingat…tanpa penerbit atau produksi, ada ke artis?” tanyanya semula.

“Pantang larang saya pula, kalau artis main-main waktu berada di set drama. Disiplin bukan sahaja soal waktu datang kerja tetapi persediaan diri apabila masuk set.

“Kenalah menghayati watak itu lebih awal (bukan datang set baru nak buka skrip), tak hormat pelakon lebih lama atau senior dan ada sikap  melaga-lagakan antara satu dengan yang lain. Saya juga tak suka pelakon suka main telefon waktu berada di lokasi.”

Namun, setakat ini beliau belum berdepan masalah besar dengan pelakon sampai mencabar kesabaran. Kalau perlu ditegur, beliau lebih selesa berterus terang dengan baik.

Pentas Wayang Sdn Bhd miliknya telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan drama pertamanya ialah Lantera(15 episod) untuk RTM.

TS Jeffrey mula berlakon sekitar 1988 dan aktif mengarah pada 1997. Arahan pertamanya berjudul Memori Indah melihatkan Ahmad Idham, Susan Manen, Bagio, Yan Kassim dan lain-lain untuk RTM.

Terkini drama produksi dan arahannya yang sedang bersiaran di RTM (TV1) ialah Misi Dania Cun yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis) pukul 7.00 malam bermula 7 April. Ia mengisahkan tentang dunia misi atau jururawat.

Menerapkan nilai murni tugasan pekerja misi yang tidak boleh dipandang ringan.

Drama ini lakonan Niena Baharun, Dazrin Kamaruddin dan lain-lain.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!