Jangan angkuh – pesan Datuk A. AIDA

“Mesti cantik, tinggi, bijak berdisplin, fokus dan tak merancang kahwin dalam tiga tahun ini.

“Dan bila dah jadi juara atau terpilih jadi residen A. Aida Production jangan buat kontroversi. Masyarakat sekarang mudah kecam dan tak suka artis bermasalah, berlagak dan sombong.

“Bila dah popular jangan lupa diri, usah hipokrit, perasan bagus dan buat hal di lokasi atau luar. Pelakon macam ni mampu mengundang masalah,” pesan salah seorang juri dan penaja  Pencarian Gadis Panca My Beauty 2018, Datuk AAida Awang.

Pertandingan itu akan berlangsung di Dewan Besar Utusan, Kuala Lumpur petang ini.

Seramai 10 finalis akan menunjukkan bakat berlakon dan yang menjadi juara bakal menjadi pelakon A. Aida Peoduction untuk tempoh beberapa tahun.

URTV sempat merisik hati produser ini sebentar tadi yang nampak tegas memberi komen dan berharap, pencarian tahun ini lebih mencabar berbanding tahun lepas.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!