JAAFAR ONN DAN NABIL SUDAH BERDAMAI

ALHAMDULILLAH…begitulah hendaknya, hati panas Jaafar Onn sebelum ini dengan gurauan menghiris Nabil Ahmad, sudah boleh dikatakan berakhir, dengan foto-foto terbaharu mereka berdua, dirakamkan di Finas, petang tadi.

Kedua-dua mereka, menjayakan  rakaman program TV untuk Astro, dengan pelawak lain.

Terdahulu, tengah hari tadi, Jaafar Onn mengaku kepada URTV Online, “Nabil ada menghulurkan tangan beberapa kali sebelum ni, memohon maaf.

“Tapi saya enggan  menyambutnya, saya cuba menganggap tak ada-apa berlaku antara kami”.

Namun hati seorang Jaafar Onn bagai memaafkan melalui, foto-foto dirakamkan sesudah tiba di set, petang tadi.

Dengan itu, diharapkan terjalin semula ikatan silaturahim yang tercalar.

Nabil Ahmad juga sebelum ini sudah meminta maaf secara terbuka di Gegar Vaganza 5 Ahad lalu, dengan insiden gurauan program itu, di  minggu pertama.

Bagaimana semalam melalui URTV Online, Jaafar Onn meluahkan rasa terkikan.

Pagi tadi, di URTV Online, Nabil memberi respons tak berniat menyakiti.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!