ISA KHAN pilih JAKARTA ATAU KL?

PENYANYI,  pelakon dan model  kacak tanah air yang  berdarah kacukan Pakistan Cina, Isa Khan, antara artis lelaki yang masih hangat jadi gilaan  ramai gadis!

Khabarnya sekarang, jarang jarang di  Kuala Lumpur. Selalu terbang ke Jakarta, Indonesia. 

Ada apa kerap ke sana?

Terdengar  cerita, mahu sibuk di sana untuk karier seninya sepanjang  tahun 2019?

Ada yang berkata,  Isa Khan kian  popular di sana apabila  wajah machonya  menghiasi papan tanda dil sekitar lebuh raya  seluruh Indonesia dan  iklan dalam  pawagam, untuk satu jenama rokok, sejak tahun lalu.

Pendek cerita, ‘saham’nya tengah meningkat di sana.

“Saya terlibat dengan program realiti, Anak Milenial di sini.

” Ya dah bersiaran episod pertamanya. Saya masih di Jakarta, Huzz.

“Selepas ni,  Insya Allah kalau ada rezeki,berterusan lagi di Indonesia, kalau  dapat undangan sinetron.

“Tapi tak bererti, saya tak lagi di Kuala Lumpur. Jika diajak menjayakan drama atau  telemovie saya  baliklah , bergantung  tawaran. 

“Tak ada ketetapan nak duduk  lama di mana? Semuanya bersandar tawaran dan waktu  kerja.

“Ikutkan hati,  teringin nak main filem tahun ini. Tak pernah berlakon filem lagi. Saya tunggu saja jika ada tawaran dari  produksi negara kita atau di sini, mahu mara lebih jauh jika berpeluang,  “katanya yang semakin sado dan kacak menerusi foto terbaharunya,  untuk URTV.

Semua maklum, abangnya Miller Khan dan kakaknya Farali Khan artis Malaysia yang popular di sana.

Kini Isa Khan,20an  menyelusuri jejak dua  saudara kandungnya itu. 

Apa pula kisah cinta dengan aktres putih gebu dari Malaysia, Nadia Brian?

“Kami masih baik sebagai kawan, saya belum fikir soal kahwin. Di sini jika tak sibuk…saya  di rumah saja, membaca, menonton atau mendengar muzik” jawabnya tak berahsia.

Lebih selesa dikatakan ‘belum sepenuhnya kepunyaan orang’ (tak serius bercinta).

“Saya juga sedang dalam proses latihan dan persiapan untuk single kedua”,katanya yang dikenali dengan lagu Syurga Yang Sempurna tahun lalu.

Kepada Isa Khan, semoga terus sukses dalam karier seninya di rantau ini.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!