INGAT PESAN DATUK SERI DR AHMAD NAWAB

PENIUP saksofon muda, ALIF NASIR, yang terkenal dengan julukan Kenny G Malaysia, teruja hasrat bertemu dekat dengan komposer tersohor tanah air, Datuk Seri Dr Ahmad Nawab menjadi kenyataan.

Malah kata Aliff, pesanan dan `amaran’  legenda itu akan jadi ingatan kalau mahu kekal lama dalam dunia hiburan.

“Beliau beri pesanan dan petua, kalau nak berjaya sebagai pemuzik kenalah kenal POKOK nya. Kena tahu baca notes lagu. Kalau mencipta lagi, biarlah public (masyarakat) tentukan hasil kerja kita. Jika ada karya sendiri baru boleh rasa diri tu seniman…walaupun dengan satu lagu,” cerita Aliff kepada URTV.

“Sebetulnya saya dah lama berkawan dengan anak beliau. Dah bertahun-tahun saya minat dengan muzik dan kagum bakat dan kehebatan Datuk Dr Ahmad Nawab.

“Impian saya selepas ini nak sepentas dengannya pula dalam satu persembahan,” cerita graduan Muzik di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam  (tahun 2004) .

Sila tonton video wawancara URTV dengan Alif di bawah, komennya tentang komposer terbilang yang menghasilkan banyak lagu pernah dinyanyikan oleh ramai  dulu dan sekarang antaranya  Datuk Jamal Abdillah, Salamiah Hassan, Broery, Sudirman, Datuk Sharifah Aini, Khadijah Ibrahim, Datuk Nassier Wahab dan Ramlah Ram.

“Tentang gelaran Kenny G Malaysia, saya segan namun  berterima kasih atas penghargaan sekeliling. Diri masih hijau,” katanya merendah diri.

Aliff  yang aktif sebagai peniup saksofon lebih 10 tahun lalu dengan persembahan  di merata majlis,  boleh bermain gitar, keyboard, flute, seruling juga sudah mencipta dua buah lagu (untuk  single lagu pertamanya dan pementasan sebuah muzikal teater).

“Saya akan berusaha mencipta nama sebagai penyanyi dan pemuzik,” hasratnya.

Ketika menjayakan acara hiburan sempena minggu setiausaha di Hotel Palace Of The Golden Horses sebelum Ramadan tahun ini, Alif dengan penyanyi terkenal, Aishah Ariffin dan Nora Ariffin berjaya mencuri tumpuan hadirin yang ballroom hotel di Seri Kembangan itu, apabila persembahan mereka menghiburkan.

Dengan tiupan saksofon Alif mengalunkan lagu-lagu popular dari dalam dan luar negara, termasuk nyanyian Anuar Zain.

Beliau turut menjayakan segmen tribute kepada komposer terkenal yang sudah meninggal dunia Datuk Adnan Abu Hassan dan Johan Nawawi (suami Nora), dengan alunan saksofonnya mengiringi kedua-duanya menyanyi.

Mengenai penjagaan nafas dalam persediaan memainkan saksofon, katanya, “Kena jaga minuman dan makanan,  amalkan minuman  air mineral, elak minuman ada ais batu , selalu buat latihan bermain saksofon satu hingga dua jam sehari.”

Bicara tentang menu kesukaan berbuka puasa, Alif suka  martabak, popia goreng dan badak berendam.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!