Ilmu Perniagaan Global How Academy

Pernahkah anda terfikir tentang tujuan utama hidup di atas muka bumi? Selain berfikir tentang kerja, berkahwin dan mempunyai keluarga yang bahagia, sebenarnya ada tujuan lain yang lebih penting perlu diberi keutamaan.

Mentaliti dan pemikiran sebeginilah yang sedang diubah oleh pengasas How Academy iaitu Dr. How Kok Choong. Itu juga tujuan utama penubuhan akademi tersebut dalam usaha berkongsi ilmu pengetahuan dan pengajaran hidup dalam konteks perniagaan.

Benar, akademi perniagaan itu kini menjadi taruhan usahawan yang mesra dengan panggilan Dr. How ini. Sebagai insan yang berpengalaman luas dalam mengasaskan 38 syarikat di seluruh dunia, penubuhan akademi itu tepat pada masanya.

Di situ, segala pengalaman dan pengetahuan tentang bagaimana seseorang usahawan boleh menggunakan sumber yang terhad untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran sasaran mereka dikongsi bersama.

“Sebenarnya pada saya, jika kita mahu membuat pelaburan, biarlah dengan keputusan yang betul. Kaji dan selidik terlebih dahulu latar belakang mereka.

“Jangan apabila berlaku kesilapan dalam keputusan yang diambil, kita mengambil jalan mudah untuk menamatkan
riwayat hidup kerana terlalu kecewa.

“Sebab itu apabila berlaku orang muda yang mengambil jalan singkat, saya sedih dengan apa yang berlaku. Ini menunjukkan dalaman komuniti tengah sakit dan memerlukan perubahan yang drastik.

“Jadi melalui akademi ini, saya mahu menyebarkan kesedaran awam kepada masyarakat bahawa kebahagiaan dalam diri itu juga perlu dalam hidup kita di muka bumi ini,” ujar Dr. How

How Academy ditubuhkan pada 2014 dan baru sahaja dibuka kepada umum sejak bulan lalu. Tujuan penubuhan untuk memberikan impak positif dalam menyalurkan pengalaman hidup dan ilmu-ilmu perniagaan kepada usahawan dan individu supaya mereka boleh mencapai kejayaan dalam kehidupan masing-masing.

HARMONI

Mahu berkongsi lebih meluas tentang ilmu dalam membantu usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka, Dr. How menganjurkan majlis memperkenalkan How Academy bertempat di Hotel Cititel, Mid Valley, Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu.

Menerusi acara yang dihadiri lebih daripada 600 peserta termasuk usahawan-usahawan berpengaruh, Dr. How berkongsi pengetahuan beliau tentang bagaimana seseorang usahawan boleh menggunakan sumber yang terhad untuk mengembangkan perniagaannya dalam pasaran sasaran mereka.

Selepas itu, beliau juga berkongsi bagaimana untuk belajar daripada pengajaran hidup serta mempraktikkan ilmu cabaran hidup dalam membina empayar perniagaan beliau.

Tidak dilupakan, beliau turut memberikan sumbangan kritikal dalam pencapaian perniagaan yang pelbagai seperti menyenaraikan sesebuah syarikat, penggabungan, pengambilalihan dan sebagainya.

Menerusi ceramah Dr. How, beliau memberitahu di dalam dunia perniagaan terdapat dua jenis usahawan iaitu sama ada yang jenis tunjuk kekayaannya sahaja dan juga yang kaya namun mempunyai keupayaan untuk memberikan kebaikan kepada orang lain.

“Saya menubuhkan How Academy ini bukanlah untuk bertujuan keuntungan semata-mata. Sebaliknya saya mahukan kehidupan manusia ini harmoni dan gembira, kemudian barulah keuntungan atau kekayaan yang dicari akan datang tanpa disangka.

“Saya ada menggunakan formula yang diubah daripada gabungan falsafah Inggeris dan Cina. Fungsinya lebih kurang sama dengan kompas iaitu East (Timur) dan West (Barat). Jadi di sini, saya tukar East kepada Earth iaitu tanah.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AGAPE ATP Group ini memperkenalkan formula sendiri yang diubah daripada gabungan falsafah Inggeris dan Cina.

“Manusia ini berasal dari tanah dan apabila mati, kita juga kembali kepada tanah. Jadi tidak perlulah untuk berbangga dengan kekayaan yang didapati kerana manusia itu sama. Begitu juga dengan West tukar kepada Wealth, iaitu kekayaan.

“Namun di sini kekayaan itu membawa dua maksud iaitu kekayaan fizikal iaitu wang yang banyak, rumah besar dan kereta mewah, serta kekayaan kerohanian iaitu kesihatan, keluarga yang harmoni, anak sihat serta hormat kepada
ibu bapa. Itu juga dikira kekayaan.

“Tetapi ramai hanya nampak kekayaan fizikal sedangkan kekayaan yang secara tidak langsung iaitu kesihatan sangatlah penting di dalam kehidupan,” katanya.

BERKESAN

Selain itu, program ini juga merangkumi perkongsian kisahkisah kejayaan seperti perkongsian daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Delon Fong, daripada Phoenix Plus Properties, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan
hartanah dan Loi Der Liang, Ketua Eksekutif Pemasaran (CMO) daripada AGAPE ATP Group.

Kedua-dua penceramah ini ialah bukti kukuh keberkesanan pengajaran Dr. How, yang mana mereka berdua merupakan penerima ajaran beliau sudah bertahun-tahun lamanya.

Di samping itu, testimonitestimoni Program Spiritual Revolution (SRP) How Academy telah memberikan perkongsian ikhlas mereka terhadap keberkesanan program ini.

Sewaktu sesi testimoni yang disampaikan oleh Lee Choon Keat (kiri) dan Ngan Siew Bun (kanan).

Mereka setuju bahawa Dr. How berjaya membantu mereka memulakan hidup baharu dengan mentaliti yang lebih positif. Perkongsian ini memberikan satu pentas untuk hadirin lebih mengenali serta memajukan diri sendiri.

Dr. How ialah seorang usahawan berjaya dan penceramah unggul yang telah memberi lebih daripada 800 ceramah, di samping membantu lebih daripada 100,000 usahawan di seluruh dunia.

Beliau mengasaskan sekolah perniagaan How Academy demi menyalurkan pengalaman hidup dan ilmu-ilmu perniagaan kepada usahawan dan individu supaya mereka boleh mencapai kejayaan dalam kehidupan masing-masing.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!