IFA RAZIAH menangis dapat tengok Kaabah

TAK pernah jejak kaki ke tanah haram. Baik Madinah atau Mekah. Selalu dengar cerita orang tentang keindahannya.

Peluang berangkat ke tanah suci Madinah pada 4 Februari 2019  dan  semalam  tiba di Mekah, adalah pengalaman sangat  bermakna dalam hidupnya.

“Saya datang sebagai orang yang berdosa. Syukurlah, Maha Suci Allah terima kedatangan saya ke sini.

“Tak ada halangan dan dipermudahkan urusan perjalanan dan ibadah saya,  syukurlah. 

“Saya (Saripah Raziah Mustapha, 44), datang  dengan suami (Mohd Yani Abdul Rahman, 43) dan anak lelaki kami, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 14 . Kami ziarah ke Madinah dulu.

“Kali pertama masuk  Masjid Nabawi perasaan  sungguh  teruja, sukar digambarkan. …apatah lagi  dapat masuk kawasan  Raudhah dan dapat bersolat di situ. Minta ampun dan taubat serta berdoa untuk diri dan keluarga juga seluruh umat Muhammad.  Saya juga sampaikan hajat peminat yang tahu saya ke sini,  meminta doakan mereka.

Ifa Raziah bersama sama suami dan anak bongsu ke Madinah dahulu sebelum Mekah

“Sesudah empat hari di Madinah jemaah kami  ke Mekah. Dan bila dapat masuk Masijidilharam…saya menangis dapat tengok Kaabah…saya di depan Baitullah,  kiblat solat umat Islam.

” Ya Allah….indahnya suasana di sini. Terharu saya memikirkan  berpeluang juga ke sini. 

“Saya bersyukur kedatangan ditemani suami dan anak bongsu Cuma anak perempuan tak ikut sekali, insya Allah nanti nak dapat datang lagi, dengannya.

“Sama macam di Masjid Nabawi di sini, saya  minta ampun dan berdoa segala yang baik baik untuk diri dan famili, dunia dan akhirat.

“Jiwa rasa tenang setenangnya  selama  di Madinah dan  Mekah. Tak fikirlah bab atau hal hal  duniawi.  Fikir nak buat ibadah sahaja.

“Hari ni sambut hari Jumaat di Mekah. Saya lega dah selesai buat umrah.

Ifa berasa tenang di tanah suci dan tak fikit hal duniawi

“Walaupun kaki bengkak biru banyak berjalan…tak apa, ini cabaran demi ibadah.

“Setakat ni tak jumpa peristiwa pelik tapi yang  saya kagum tengok sekeliling diri, umat Muhammad, hamba Allah pelbagai bangsa datang ke sini beribadah. Tua dan muda. 

” Muncul keinsafan hati tengok yang tua gigih beribadah , kita yang masih muda usah mengeluh , kalau penat. 

“Saya sujud syukur sesudah selesaikan umrah sesudah bertahalol….terasa sebak, saya pendosa ini masih disayangi Allah, diberi ruang dan peluang ke sini untuk beribadah, bertaubat dan berdoa,”cerita Ifa ketika Huzz  meghubunginya hari ini untuk berkongsi pengalamannya di sana dalam URTV.

Semoga Ifa dan semua jemaah yang sedang mengerjakan umrah, mendapat rahmat Allah dan diberikan rezeki serta dapat bertandang lagi , mengerjakan haji pula.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!