HIMPUNAN USAHAWAN PENGGIAT SENI BERSAMA MENTERI

ARTIS pelbagai lapangan tak kira pelakon, penyanyi, pemuzik bakal berhimpun dalam satu program khas anjuran  Media House Entertainment (MHE) yang dijadualkan pada 30 Mac ini untuk bertemu dengan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia.

 Program dinamakan Pembangunan Usahawan Penggiat Seni ini bakal berlangsung di Dewan Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pukul 5.00 petang dan mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pembangunan Usahawan. 

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof  akan hadir  untuk mengadakan perbincangan dengan golongan selebriti yang hadir.

Objektifnya antara lain adalah untuk memberi laluan memberi peluang perniagaan bersesuaian untuk diceburi penggiat seni. 

Peluang ini terbuka bukan sahaja kepada individu yang telah menjalankan perniagaan malah buat yang sedang berjinak-jinak dalam perniagaan. 

Kalangan artis yang diundang datang turut mengalu-alukan program seumpama ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai hala tuju perniagaan jika boleh diperluaskan.

Pada hari itu, pihak  kementerian sendiri membuka gerai di bawah agensi mereka  iaitu Tekun, Bank Rakyat dan Angkasa bagi memberi penerangan tentang geran, bantuan pinjaman dan khidmat nasihat berkaitan.

Jadi kepada artis-artis yang seronok mencuba nasib dalam dunia perniagaan sila hadir  (tanpa dikenakan sebarang yuran) beramai ramai pada waktu dan tarikh tersebut.

Setakat ini antara yang mengesahkan kehadiran ialah Datuk DJ Dave, Datuk Yusni Hamid,  Datuk Nassier Wahab, Erma Fatimah, Anne Abdullah, Herman Tino, Faizul, Fazli Zainal, Dilla Ahmad, Dayana Rozza, Wany Kyria, Expose dan ramai lagi.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!