Himpunan Raya pelbagai kaum TFFCM

MALAM ini pada 15 Jun 2019 sekitar pukul 9.00 malam berlokasi di Hentian Rehat Awan Besar Lebuhraya KESAS (berdekatan Bukit Jalil), dijadual berlangsung  majlis Aifilfitri anjuran Persatuan Triton 4×4 Community Malaysia (TFFCM).

“Tidak disangka acara yang dirancang TFFCM tahun ini menarik perhatian ramai pemilik kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

“Setakat ini sahaja, 80 buah pemilik pacuan empat roda Triton telah mengesahkan kehadiran mereka.

“Kami menjangkakan lebih 150 keluarga dan kawan-kawan pemilik kenderaan pacuan 4 roda yang lain juga akan turut hadir serta berhimpun malam ini.

“Majlis perhimpunan Aidilfitri ini turut juga mewajibkan sahabat-sahabat TFFCM  melaram baju Melayu atau pun pakaian tradisional pelbagai bangsa Malaysia selain membawa makanan (kuih muih ).

Majlis raya ini antara lain bertujuan  mengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum negara ini,” kata Shahrul Azwan Maad pengasas TFFCM.

Shahrul Azwan
Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!