HIDANGAN MEWAH HARGA SELESA

MENJENGUK suasana hotelnya tak boleh dinafikan,  memang dalam kelas mewah. Luasnya bak istana. Pasti ramai yang berlalu lalang di depan Hotel Palace Of The Golden Horses , Seri  Kembangan, Selangor…memikirkan, harga juadah bufet berbuka puasa di sini mahal.

Jangan terkejut dikatakan,  dengan lauk pauk lebih 150 hidangan, harga dikenakan hanyalah serendah RM138 bersih.  Harga untuk kanak-kanak RM69.00 sahaja.

Hidangan yang disajikan macam-macam antaranya aneka lauk pauk menarik perhatian tentunya, selera kampung Ayam Dara Goreng Kunyit, Serunding Ayam, Paru Goreng Berlada,  Udang Masak Pedas Malinja, Ayam Masak Kapitan Penang, Sambal Sotong Berpetai, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Pecal Kampung, Acar Betik Muda, Ikan Masin Goreng, Ulam-Ulam Melayu, Acar Buah, Acar Rampai.

Selain nasi putih ada juga nasi minyak,  bihun, mi goreng. Bubur lambuknya pun istimewa. Kuih muih yang manis dan pedas (antaranya popiah) juga disajikan. Minuman,  tersedia yang  sejuk dan panas, air kelapa pun ada.

Merancang  membawa keluarga dan kawan-kawan berbuka puasa di luar, URTV  sarankan mereka dalam kawasan berdekatan sekitar Seri Kembangan, Bangi, Putrajaya atau dari dalam dan luar Kuala Lumpur, boleh singgahlah ke sini untuk menikmati pengalaman berbuka puasa.

Boleh buat tempahan dengan menghubungi talian 03 8946 4888 sambungan 3781 atau 012 3052609. Untuk email pula fnbreservation@pgh.mines.com.my

https://www.youtube.com/watch?v=2LtMK4LvdFs
Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!