Hero Jangan Bikin Panas – Bell, Mark Adam dan Tauke Jambu bikin gamat panggung!

MEMANG kelakarlah menonton lakonan dan gelagat tiga orang pelawak terkenal, Bell Ngasri, Mark Adam dan Tauke di layar perak Hero Jangan Bikin  Panas.

Mereka bertiga telah berjaya membuatkan penonton dalam panggung terhibur menerusi filem aksi komedi  yang sedang berputar  di seluruh pawagam tanah air dan negara jiran Brunei. Minggu ini dijadualkan tayangannya di Singapura juga.

“Dengan  muka selamba dan `kering’, ketiga-tiga orang pelawak ini mampu  menggamatkan  panggung dengan gelak ketawa penonton kerana lakonan masing-masing,” kata salah seorang penonton memberi komen positif apabila ditanya, tentang filem terbitan NS Star Sdn Bhd ini.

Huzz setuju dengan pendapatnya.  angankan mimik-mimik muka tetapi lagak dan lakonan Bell Ngasri, Mark Adam dan Tauke memang win ( menang)!

Mark Adam dah semakin bagus. Kalau selalu kita  menonton aksi- aksi  lurus bendulnya  melalui rancangan- rancangan jenaka  di TV, kini penyanyi dan pelakon  Mark Adam berjaya membuktikan kemampuannya menangani tanggungjawab aktor filem.

Tauke? Apa kurangnya. Kali ini jadi samseng kongsi gelap. Yang mencuit hati  apabila dengan muka jantan perkasa itu, dia menyamar jadi  si jururawat perempuan. Bayangkanlah.

“Sejujurnya, babak-babak komedi  yang ditonjolkan kena dengan jalan ceritanya. Tidak saja dibuat-buat. Yang penting, mampu buat kita ketawa! Tak boring.

“Mesej yang nak disampaikan pun bagus, termasuk mendedahkan kisah tentang kumpulan kongsi gelap bagai  penyokong misi `dajal mata satu’  cuba membuat masalah apabila  masuk ke negara ini,” tambah penonton  yang enjoy dengan filem ini.

Selain pelakon-pelakon komedi popular, filem ini menampilkan bekas ahli bomba yang dah terkenal sebagai pelakon, Hisham  Hamid sebagai peneraju utama.

Anggota bomba yang dah bergelar penyanyi, Syafiq Farhain juga tunjuk bakat di dalam filem ini.  Pelakon wanita utama Hero Jangan Bikin Panas ialah Elisya Sandha adik kepada di cantik, Fasha Sanda.

Berbual dengan produser NS Star Sdn Bhd,  Darling Ngasri, beliau memberitahu,  “Nak terbitkan filem , kena  ada nilai komersial. Bukan saja barisan pelakon tetapi juga jalan cerita.

“Walaupun kami telah berjaya menerbitkan  drama  tentang petugas bomba berjudul Hero di TV dua tahun lalu hingga mendapat sambutan bagus, rating yang tinggi… bila nak buat filem dunia bomba juga, saya mahu ada kelainan.

“Barisan pelakon tak boleh sama dengan yang dah menjayakan drama TV.  Malah genre untuk filem ini kena buat apa yang penonton di panggung mahu.

“Tahniahlah pengarah Azizi Hj Adnan memahami kehendak saya dan berjaya `menghidupkan’ sebuah filem aksi komedi  yang diharapkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan baik.”

Kepada yang belum menonton, bolehlah bawa anak-anak ke pawagam. Filem ini, sesuai untuk seisi keluarga. Kalau ada babak gaduh dan ganas jangan risau…tidaklah keterlaluan. Malah ada  pengajarannya.

TAK LENA TIDUR KERANA MULUT PELAKON

DARLING Ngasri tak lena tidur memikirkan sambutan orang ramai terhadap filem Hero Jangan Bikin  Panas.

“Memang berdebar-debar dan tak lena tidur dibuatnya. Lebih-lebih lagi, ada pelakon popular di sebuah filem lain memberitahu saya, mungkin filem ini main seminggu saja di panggung.

“Tak tahulah beliau itu, sengaja mengusik atau sekadar menguji? Maklumlah saya ni  walaupun dah banyak menerbitkan drama TV tapi ini ialah cubaan pertama nak buat filem. Belanjanya? Bukan sedikit. Sebanyak RM 2 juta dah habis!

“Tentulah berasa risau kalau-kalau tak balik modal atau tak untung. Sebab itu, apabila filem dah masuk pawagam, saya mula menambahkan lagi acara promosinya dengan  membawa pelakon-pelakon ke pawagam di beberapa lokasi bertemu peminat, walaupun bajet dah lari!

“Setakat ini, syukurlah mendapat berita tayangan hari pertama dan kedua di kebanyakan lokasi utama mendapat sambutan baik,” ceritanya yang dah menerbitkan banyak drama TV sejak tahun 2010 lagi menaruh harapan berjaya sebagai produser filem.

“Banyak perkara yang saya mula sedar bukan senang nak menerbit dan  memasarkan filem,” cerita Darling kepada Huzz.

Dalam pada itu,  menegaskan hasratnya mahu menyalurkan sejumlah sumbangan hasil kutipan tayangan filem ini, kepada dana jabatan bomba dan tak lupa juga  ahli keluarga mangsa rusuhan kuil akhir tahun lalu, Allahyarham  Muhammad Adib.

Baguslah begitu, rezeki melimpah ruah turut dikongsi dengan amalan bersedekah jariah. Semoga usaha murni ini diberkati Allah.

HUZZ: Tahniah kepada semua tenaga di belakang dan depan Hero Jangan Bikin Panas.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!