HARGA BERPATUTAN, JOM BERBUKA PUASA DI HOTEL RHR KAJANG

Bagi memeriahkan lagi bulan Ramadan ini, hotel RHR Kajang tidak ketinggalan menawarkan promosi bufet khas untuk semua pelanggan sepanjang Ramadan.

Berlangsung sepanjang bulan Ramadan bermula 8 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019, bufet ramadan bertemakan Selera Muhibbah Ramadhan di hotel RHR Kajang menawarkan lebih 80 hidangan yang pasti menepati citarasa tetamu yang berbuka puasa disana.

Antara hidangan lauk pauk utama yang disajikan adalah nasi kukus pandan, ayam goreng berempah, ikan asam pedas nyonya, gulai udang belimbing buluh, daging dendeng Perak, ikan masak lemak tempoyak, ayam rendang Minang, kambing masak hitam, ikan kembung goreng sambal ijo dan macam-macam lagi.

Selain itu, terdapat juga hidangan menarik lain seperti nasi dolek (dihidang bersama ayam mendy atau kambing khabsah), kambing joget atas bara, ayam dan ikan bakar, aneka sup, bubur lambuk, murtabak ayam dan sate.

Bagi peminat mee, bufet ramadan di hotel RHR Kajang juga menyajikan pelbagai pilihan mee yang ditawarkan satu jenis setiap hari seperti laksa Johor, laksa Kedah, laksa Sarawak, mee kari nyonya, mee rebus tulang, mee bandung Muar, mee kari Ipoh dan Penang Har Mee.

Bagi pencuci mulut pula, terdapat pelbagai pilihan seperti onde-onde, tapai pulut, kuih lopis, seri muka, badak berendam, apam gula hangus, serawa durian, cendol, ais krim goyang dan macam-macma lagi.

Semua hidangan lazat bufet Ramadan di Hotel RHR Kajang yang terletak di Wisma MKH, Jalan Semenyih, Kajang ini boleh dinikmati sepuas-puasnya pada harga RM59.00 net (dewasa) dan RM30.00 net (kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun) manakala RM39.00 net untuk warga emas (60 tahun ke atas).

Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh menghubungi 03-87375555.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!