Haqiem Rusli lepas geram dalam gelanggang

Lokasi: Flying Sport  Stadium, Cheras, Kuala Lumpur

PENYANYI  gilaan ramai  gadis remaja, Haqiem Rusli  bukan jenis berkurung dalam bilik kalau tak sibuk dengan aktiviti hiburan. Malah jejaka 21 tahun ini suka badannya berpeluh  bukan sahaja untuk kesihatan tetapi  lega dapat `lepas geram’!

Baru-baru ini secara eksklusif lensa URTV dengan juruvideo Nazrin Nazlan mengikut Huzz meninjau aktiviti waktu petangnya di Flying Sport Stadium dekat Taman Cuepacs, Cheras.

URTV dapat tahu Haqiem `kaki futsal’.

Tak dinafikan, Haqiem  memang nampak lasak dan  pantas menendang bola dalam gelanggang.

“Seminggu kala  kelapangan saya akan di sini. Kebiasaannya sebelah malam dengan kawan-kawan dan juga saudara sebelah emak dan ayah yang dalam lingkungan usia 20an,” cerita Haqiem Rusli.

“Saya suka main futsal ini sejak  dulu lagi. Bagi badan berpeluh. Dapat lepas geram bosan  dengan bersukan,” katanya.

Penyanyi yang tengah promosi lagu ciptaan dan nyanyiannya Lembah Kesepian ini biasanya akan menghabiskan masa dengan kawan-kawan selama satu jam dalam gelanggang.

“Lepas itu pergilah makan dan minum sama-sama. Biasanya kalau tak ada kerja, saya akan lepak dengan kawan-kawan di sini, rumah atau kedai makan. Kalau tak sibuk,” tambah Haqiem Rusli yang setiap minggu memenuhi undangan menyanyi.

SURUH SOLAT

Malah kawan-kawannya juga mengakui Haqiem Rusli  tak  menyombong apabila sudah popular. Ada di antaranya mengadu, Haqiem juga suka berpesan pesan yang baik-baik.

“Dia berpesan kalau kita sibuk macam mana pun, jangan sampai abaikan waktu solat. Jangan tak solat, kena selalu bersyukur  dengan kurniaan Allah kepada kita,” cerita kawannya bila ditanya tentang Haqiem (ketika duduk jauh daripada penyanyi ini).

URTV dapat tahu, Haqiem yang akan mengerjakan umrah pada November tahun ini tidak mengabaikan kewajipan pada agama walaupun sibuk dengan dunia hiburan.

“Insya Allah nak bawa ayah dan ibu bersama-sama,” kata Haqiem yang juga menafikan sedang bercinta dengan penyanyi Wany  Hasrita.

“Sampai waktu sekarang saya masih bersendiri. Tak ada lagi yang istimewa. Saya ada kawan-kawan perempuan tetapi boleh di bilang dengan jari berbanding kawan-kawan  lelaki. Inilah antara kawan-kawan baik saya.

“ Cinta? Belum ada setelah yang dulu (pernah putus cinta), “ jawab Haqiem Rusli tentang perasaan hari.

Jom layan video Haqiem dalam gelanggang dan apa komen kawan-kawan tentangnya.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!