“Haqiem kecewa kawan baik ‘tikam belakang’ dan bermuka-muka” – IBU HAQIEM RUSLI

Ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anaknya kecewa dan patah hati. 

Begitulah perasaan ibu penyanyi Haqiem Rusli, Nazrah Nordin, 50, yang terkilan  apabila anaknya dikecewakan oleh kawan-kawan baik sendiri.

Semalam, Haqiem ada mengeluarkan kenyataan di laman sosial seolah-olah mahu meninggalkan dunia nyanyian akibat tertekan.

Adakah disebabkan kecewa dengan kawan-kawan membuatkan Haqiem  tertekan  Dan mahu berhenti menyanyi? 

Cerita Nazrah, “Haqiem ada meluahkan rasa kecewanya terhadap saya. Sedih juga tengok dia seolah-olah putus harapan dengan apa yang berlaku.

“Apa yang boleh saya kongsikan, Haqiem kecewa  kawan baik ‘tikam belakang’ dan ‘bermuka-muka’ terhadapnya. Hadapan cakap lain, belakang cakap lain pula.

“Paling sedih, ada yang memperlekeh bakat Haqiem sebagai komposer muda. Tak kurang juga nak laga-lagakan Haqiem dengan orang lain tanpa ada perbincangan secara baik.

“Sebagai ibu, saya agak terkilan kerana kawan-kawan baiknya itu sudah saya anggap seperti ahli keluarga sendiri. Mereka selalu lepak di rumah bersama Haqiem, sudah seperti adik-beradik.

“Siapa mereka tu, rasanya biarlah menjadi rahsia antara kami. Saya pun tak mahu aibkan siapa-siapa sebab semuanya boleh diselesaikan cara baik.

“Lagi pun, hal ini terjadi antara Haqiem dan kawan-kawannya, rasanya lebih baik mereka yang    uruskan serta selesaikan sendiri apa yang berlaku.

“Sebagai ibu, saya nasihatkannya agar banyak bersabar dan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin mengguris hati orang lain. Diam itu lebih baik.”

Begitulah luahan Nazrah yang turut risau dengan keadaan Haqiem apabila berhadapan dengan masalah dengan kawan-kawannya.

Tunggu pengumuman Haqiem Julai ini

Kekecewaan yang menyelubungi Haqiem antara punca dia mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai peminatnya.

Betul ke Haqiem akan bersara dalam nyanyian?

Sambung Nazrah, “Sebagai ibu, saya memberi kebebasan kepada Haqiem untuk membuat keputusan. Kalau dia mahu bersara disebabkan kekecewaan itu, terpulanglah.

“Apa-apa pun, saya nasihatkan dia agar berfikir panjang dan susun perancancan masa depan sebelum membuat keputusan.

“Sama ada dia mahu bersara atau tidak dalam nyanyian, tunggulah dia umumkan nanti awal Julai ini. Saya tidak masuk campur kerana beri kebebasan untuk dia fikir apa yang terbaik”

Nazrah Nordin (kanan) memberi kebebasan kepada Haqiem dan anak-anak lain dalam membuat keputusan

Haa..Bagaimana pula kalau ada yang anggap Haqiem cuba mencipta gimik? Ini jawab Nazrah.

“Andai kata timbul isu Haqiem mencipta gimik atau sengaja mahu mencetuskan isu, dia harus tanggung sendiri kerana itulah keputusan yang dilakukannya.

“Bagi saya, anak remaja ni perlu diberi ruang untuk membuat keputusan. Dalam masa yang sama, ibu bapa dan keluarga haruslah pantau dan  sentiasa menyokong apa yang terbaik.”

Haqiem Rusli (empat dari Kanan) bersama keluarga beraya di Hulu Langat, Selangor dan Johor

Begitulah penjelasan ibu Haqiem Rusli. Apa-apa pun, URTV doakan yang terbaik buat Haqiem dan semoga sukses dalam apa yang dipilih ya!

Haqiem Rusli yang popular dengan lagu Segalanya, Tergantung Sepi dan Jatuh Bangun ini menyambut ulang tahunnya ke 20 pada 16 Jun (Hari Raya kedua) baru-baru ini. 

Semoga apa yang terjadi dapat diselesaikan dengan cara baik. Sempena bulan Syawal ini, sama-samalah kita saling bermaafan. Insya Allah….

Jangan lupa terus layari www.urtv.com.my dan beli Majalah URTV ya!

FOTO: koleksi Nazrah Nordin (ibu Haqiem)

 

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!