‘Haiwan’ Itu Bukan JANNA NICK! – SYAZWAN ZULKIFLY

KECOH apabila pelakon kacak bertubuh sasa Syazwan Zulkifly, 31, didakwa kononnya menyindir aktres jelita Janna Nick melalui laman sosial twitter miliknya @SyazwanZulkifly, semalam.

Merujuk statusnya di twitter, Syazwan didakwa kononnya menyindir cara pengacaraan Janna Nick yang terkinja-kinja atau gedik dalam program hiburan popular Melodi (TV3), semalam.

Syazwan juga ada menyebut perkataan haiwan iaitu monyet dalam statusnya yang berbunyi,  ‘Terasa tahap monyet pulak industri aku ni bila tgk pengacara perempuan melodi ni tergedik2 terkinja2 handle program ni.’

Status ini sedikit sebanyak membuatkan timbulnya salah faham ramai pihak terutamanya peminat aktres tersebut.  Untuk itu, URTV ada menghubungi Syazwan untuk menjelaskan perkara ini.

Cerita Syazwan, “saya  minta maaf  kepada Janna Nick  dan mereka yang salah faham atau terasa dengan status tersebut. Haiwan yang saya maksudkan itu bukanlah Janna Nick. Saya pernah beberapa kali bekerjasama dengannya. Dia seorang yang baik dan sangat bagus dalam lakonan. Peminatnya pun ramai.

“Bila ditanya tentang status itu,  biar saya jelaskan itu hanya pendapat peribadi saya sebagai penonton. Saya tidak ada masalah dengan Janna Nick.

“Monyet’ yang saya maksudkan adalah tahap industri ini yang berada di tahap bawah, apabila program hiburan dihoskan dengan cara yang tidak sepatutnya. Saya tegaskan sekali lagi, haiwan ini merujuk kepada industri dan bukannya Janna.

Status Twitter Syazwan

“Saya mengatakan sebegitu apabila ada isu serius yang dipaparkan, tetapi Janna muncul semula dengan keadaan yang kurang sesuai (terkinja-kinja). Jadi, bagaimana penonton hendak menghayati isu tersebut.

“Tak dinafikan, saya jarang menonton Melodi kerana tidak berkesempatan. Kebetulan saya sempat menontonnya semalam. Mungkin orang lain terhibur dengan cara dia, tapi tidak saya, dan ini adalah pendapat peribadi saya.

“Saya tidak mempertikaikan cara pengacaraan Janna kerana saya tahu dia asalnya seorang pelakon. Dalam masa yang sama saya tak mahu banding-bandingkan dia dengan hos sebelum ini kerana masing-masing ada cara tersendiri.

“Saya tahu program hiburan perlu nampak fun. Namun lebih elok jika dalam masa yang sama pengacaraan itu nampak lebih matang dan profesional.

“Melodi satu program yang mempunyai rating tinggi dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Jadi biarlah cara pengacaraan itu boleh membawa rancangan tersebut ke satu tahap yang lebih baik.

“Saya tidak tahu apa caranya kerana saya bukan pengacara, tetapi bolehlah difikirkan untuk kebaikan Janna dan program itu sendiri.” Luah Syazwan yang tidak berniat menyindir Janna Nick.

Syazwan harap tiada yang salah sangka dengan status Twitternya

URTV harap tidak ada lagi yang salah faham dengan status Syazwan.

Apa-apa pun, URTV doakan Syazwan mahu pun Janna Nick terus sukses dan menjadi contoh kepada masyarakat. Kedua-duanya mempunyai bakat yang bagus yang jarang ada pada orang lain. All the best ya!

Pasal kerjaya, Syazwan akan muncul dalam telefilem berjudul Lalang sempena  ulang tahun kemerdekaan ke-61.

Filem lakonannya yang bakal ditayangkan pula adalah Cinta Romusha dan Warkah.

Teruskan layari www.urtv.com.my dan beli Majalah URTV ya!

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!