Hadiah M.Nasir buat peminat sempena 40 tahun dalam industri

Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangga mempersembahkan penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarah lelaki terkenal Malaysia, Datuk M. Nasir dengan konsertnya yang akan datang sempena merayakan ulang tahun ke-40 dalam industri pada 23 November 2019, Sabtu, jam 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dengan kerjaya yang merangkumi 40 tahun, Datuk M. Nasir bakal muncul dengan lebih intim dan peribadi merapati semua penggemar Malaysia dan serantaunya dalam Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan.

Konsert dengan durasi dua dan setengah jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya kerana beliau akan mempamerkan repertoir dari album pertamanya hinggalah lagu terkini dengan barisan lagu-lagu hits seperti ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, ‘Mentera Semerah Padi’ ‘Apokalips’ , ‘Keroncong Untuk Ana’ dan banyak lagi.

Konsert ini bakal menyaksikan cara dan gaya Datuk M. Nasir meraikan sokongan besar dari para peminat setianya di Malaysia dan sekitar rantau ini. Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati di mana beliau akan diiringi dengan band lamanya “The Gong” yang akan menampilkan 14 pemuzik handalan. Terdapat juga segmen kejutan yang akan dipamerkannya di konsert itu.

Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Emas) RM200 (Perak), RM160 (Gangsa). Penjualan tiket konsert akan bermula dari 2 petang, 28hb Ogos 2019 di www.myticket.asia.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!