Gincu Merah Huzz : Rendang AA masuk tembus pasaran?

WAHHH…ewah ewah!!!! Di sangka bakal `terbang’ untuk projek terbaharunya di luar negara, tup tup.tup…Huzz dengar Azwan Ali atau yang popular dengan nama Diva A.A dah `kena tahan’ di sini!

Kali ini, beliau disuruh menghabiskan  banyak masanya di dalam dapur!

Ketika menghubunginya pagi 11 September baru-baru ini, terus lah Huzz bertanya, “ Hai, betul ke tu? Dengar-dengar  Rendang A.A ( Azwan Ali)  resipi asal Mak Tom (Almarhum bondanya) bakal tembus pasaran di sekitar Lembah Kelang dalam masa terdekat?

Lepas ini orang di Kuala Lumpur atau Selangor, boleh ditempah melalui Grab Food?

Dengar-dengar cerita Azwan Ali dah berbincang-bincang dengan taukenya, ya?

Jawabnya, “Hari ini ada final meetinglah Huzz! Insya Allah kalau ada rezeki. Doa-doakanlah.”

Tulah dinamakan… rezeki yang tak disangka-sangka. Setelah balik bercuti dan mempromosikan Rendang AA pada musim lebaran sekitar bulan Jun tahun ini,  terus masakannya dah hangat menjadi bualan.

Rendang A.A dah semakin sedaplah,” ada yang beritahu Huzz.

“Makan  dengan roti atau nasi selain ketupat atau lemang,” tambah si kaki makan ini.

“Bukan hanya ada lauk daging , ada juga yang isinya itu, hati dan limpa lembu. Ada juga rendang ayam. Jangan tak tahu dah masuk sampai ke majlis kahwin,” tambah yang bercerita lagi.

“Tu lah tak sangka, yang ditempah kawan dan dipromosikan dah jadi bualan.  Pelakon Sharifah Shahora yang juga sering suruh aku berani buat business rendang ni.

“Memang betul resipi rendang ni aku masak belajar dengan arwah mak sewaktu hayatnya, aku masak sendiri tau, asam garam kena betul, sukatan tak boleh lari. Bila dah selalu masak dan masak, kot sebab itu makin disukai,!”cerita Azwan Ali lagi.

Dengar lagi kalau jadi masuk pasaran Grab Food, bakal dijual dalam lunck set atau pack dengan pelbagai lauk! Yang menempah tak gaduh penat penat nak keluar rumah atau ofis.

“Kalau dah sibuk dengan Rendang A.A ni… nampak gayanya terpaksa ditunda program aku di beberapa buah lokasi di Eropah,” katanya yang dah tak jadi balik ke London.

Mana tahu, kalau betul-betul boom boleh buka restoran pula, kan?!

“Belum terfikirlah nak buka restoran. Kalau setakat jual secara lunch set, okey kot. Doakanlah ya,” jawab Azwan Ali.

Yang mengejutkan di hujung perbualan, Azwan Ali  beritahu, laman instanya yang lama dah tak ada. Sekarang pakai yang baru. Apa hal lagi tu? Kena godam lagi ke?

“Sepuluh i.g aku sebelum ini dah di godam. Baru aku sedar kalau aku marah-marahkan orang atau bagi komen laser-laser,  kena hacked!

“Nampaknya dengan yang baru ini aku kena berhati-hati. Betullah  Huzz dok ingatkan dan berpesan sebelum ini, jangan suka nak marah-marah dan komen berapi,” katanya yang berjanji nak jaga laman instagram baharu @divaazwanaavazzztersohor dengan baik.

HUZZ: Kalau pergi majlis orang kahwin, selain suka makan ayam masak merah, dalca, kurma, pajeri rendang juga antara yang dicari! Kalau tak ada menu tu macam tak lengkap lauk kenduri, kan?

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!