GERAM DENGAN SUAMI ORANG!

BERHATI-HATI. Jangankan di Kuala Lumpur bahkan di mana-mana sahaja. Kalau jatuh cinta dengan mana-mana  lelaki periksa dulu latar belakangnya.

Itu nasihat penyanyi dan pelakon Faradhiya  yang geram ditipu oleh bekas kekasih.

“Rasa tertipu apabila mendapat tahu dirinya sebenarnya, suami orang!,” katanya yang rasa bahagia setelah putus cinta.

Malah Faradhiya juga mengaku selain tak suka  manusia penipu, lelaki  yang dicari untuk dijadikan suami , mestilah bukan jenis yang pengotor dan kaki kongkong.

Dalam wawancara eksklusif program mingguan Gincu Merah Huzz, Faradhiya turut meluahkan rasa kesal apabila  dalam percintaan, pergerakannya  dikontrol bekas kekasih.

“Sekarang rasa aman dah bebas,” kata wanita putih gebu  pencinta kebersihan  ini.

Ikuti video pengakuan Faradhiya yang masih aktif berlakon selain memenuhi undangan nyanyian ini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!