Gambar alat sulit, SUAMI JOJIE MASIH BERSABAR

KETERLALUAN dan melampau. Ikutkan mahu buat aduan polis. Tapi ahli perniagaan, Syahrizal Ismail, suami kepada pengurus dan pengusaha cantik, Jojie Aminuddin (kakak penyanyi Ella), masih belum mahu mengheret yang bersalah ke muka pengadilan.

“Memang betul, isteri saya selalu  menerima banyak kiriman mesej whatsapp. Dan tidak semua dibukanya kerana bukan seratus dua pesanan yang masuk.

“Sebelum ini kami berdua selalu menjawab salam dan pertanyaan peminat , itu pun bila dah  selesai dengan urusan perniagaan di kedai,”katanya yang rancak mengusahakan Restoran Nasi Kandar Melayu di Sungai Petani, Kedah dan Puchong, Selangor) bersama-sama isteri.

“Bayangkan, ada lelaki-lelaki  melampau bila menghantar gambar lucah dan tak senonoh (alat sulit) mereka kepada isteri. Untuk apa? Ia bukan  satu jenaka, tapi itu kan keterlaluan.

“Niat mereka itu untuk menggoda  dan kacau isteri orang adalah salah. Baik di sisi agama pun undang-undang negara.

“Mereka fikir saya tak tahu apa yang mereka hantar?  Sejak kahwin isteri izin saya tengok telefon dan menjawab pesanan yang datang kerana  bukan jenis suka layan telefon kalau tak ada hal penting.

“Kalau sesiapa nak berurusan soal kerja berkaitan perniagaan makan atau show  artis dengannya, dia lebih selesa dihubungi berbanding membaca mesej.

“Tapi  buat waktu ini, saya tak menjawab atau memberi amaran kepada yang buat perangai tak senonoh  itu  atau mengadu kepada polis, saya beritahu isteri untuk tak melayannya,” katanya yang berharap, perbuatan  buruk seperti itu dihentikan mereka tak bertanggungjawab.

Mujur Syahrizal jenis bersabar dan tenang dengan manusia yang suka mencabar kesabaran orang.

Nampaknya semakin dunia canggih semakin ada yang tidak bijak mengawal nafsu. Sebelum ini, sekitar 80an, artis-artis  mengaku menerima kiriman gambar lucah dan terkini, whatsapp foto lucah melalui telefon.

Ingat ya wahai lelaki-lelaki yang over melayan nafsu, negara kita ada undang-undang!

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!