GAGAL BEKALKAN BENGKUNG YANG TELAH DIBAYAR, SYARIKAT SAJAT DISAMAN RM200,000

Gara-gara gagal membekalkan produk kepada stokis, usahawan popular, Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dan syarikat miliknya Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. disaman hampir RM200,000.

Dalam satu kenyataan oleh pihak plaintif semalam, mereka telah menfailkan saman dan kes itu akan dibicarakan tidak lama lagi.

“OWA Resources mengesahkan bahawa telah memfailkan saman sivil bernilai hampir RM 200,000 terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Muhammad Sajjad kerana gagal membekalkan produk bengkung dan “girdle” yang telah ditempah dan dibayar oleh stokis,” kata kenyataan tersebut.

Menurut OWA Resources lagi, kes ini akan dibicarakan di mahkamah Shah Alam pada 24, 25 dan 26 April.

OWA Resources akan diwakili oleh peguam, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!