Foto Mengagumkan Jurugambar Malaysia Ini Membuatkan Beliau Antara Pemenang Pertandingan Underwater Photographer Of The Year 2018

HEBAT! Hasil karya jurugambar dari Malaysia ini berjaya tersenarai antara pemenang pertandingan Underwater Photographer Of The Year 2018 yang menerima sebanyak 5,000 penyertaan daripada 63 negara untuk lapan kategori antarabangsa dan tiga kategori British.

Pertandingan fotografi Underwater Photographer Of The Year 2018 adalah pertandingan tahunan, yang berpangkalan di UK, bertujuan untuk meraikan fotografi di bawah permukaan lautan, tasik dan juga kolam renang.

Menerusi foto bertajuk Roar oleh Man BD yang menampilkan dua ekor nudibranch (siput laut tanpa cengkerang) dengan belut laut (moray ell) yang sedang menganga dibelakang yang diambil di Indonesia, beliau dinobat sebagai juara kategori Up & Coming pada pertandingan Underwater Photographer Of The Year 2018.

“Semasa saya mengambil gambar nudibranch ini, saya sedang melihat kelakuannya untuk mendapatkan gambar yang menarik. Tiba-tiba muncul seekor belut moray dibelakang subjek. Saya terkejut tapi komposisi belut itu sangat menarik dan saya gunakan ia dalam gambar tersebut. Menariknya seekor lagi nudibranch muncul dan menjadikan ia lebih menarik untuk dirakam. Saya menunggu hampir 30 minit untuk mendpatkan komposisi menarik sebelum merakam gambar tersebut dan ia sangat berbaloi.”

Layari http://www.underwaterphotographeroftheyear.com/winners/2018-winning-images/ untuk melihat foto-foto pemenang bagi kategori lain.

Sumber: Underwater Photographer of the Year

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!