Fizo dan Mawar cerai talak satu

Kemelut rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya terjawab apabila kedua-duanya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi bagi sebutan lafaz cerai.

Dalam prosiding yang berlangsung Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi ini.

Lafaz dibuat Fizo di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan dan mahkamah memerintahkan Mawar untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Fizo sebelum ini mengakui dia terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Mawar, 30, pernah memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun. – MHE TV

Ruang komen

Please enter banners and links.

Avatar
News Reporter
error: Content is protected !!