FIKIR SEBELUM CAKAP -JAAFAR ONN

ISU jenaka dianggap sensitif dan kurang sesuai Nabil Ahmad selaku hos, dalam rancangan  Gegar Vaganza 5, baru baru ini, masih hangat.

Nabil mengusik konon Jaafar Onn pernah menjalani uji bakat beberapa rancangan TV, tapi gagal.

Hal itu mengejutkan Jaafar kerana tidak pernah berbuat demikian.

Nabil ada meminta maaf, bila Jaafar melahirkan rasa kecewa di laman sosialnya.

Namun kata Jaafar Onn kepada URTV online, dia belum memaafkan Nabil.

“Saya tidak mahu jawab permintaan maafnya buat waktu ini.

“Kami sedang bekerjasama untuk satu program yang sedang menjalani shooting lagi.

“Habis rancangan ni, saya akan berbincang dengan peguam.

“Nasihat saya , jangankan Nabil, semua orang kena belajar menghormati antara satu sama lain…terutama orang lebih tua daripada kita.

“Jangan nak mengajuk, mengejek atau nak buat lawak dengan orang apatah lagi,  benda yang tak ada, diada-adakan.

“Kalau yang diketawakan itu, usianya macam ayah kita, apakah  tak macam kita menghina seorang ayah? Kan orang itu  yang layak dipanggil ayah?

“Saya ni 68 tahun…Nabil tu dah macam anak.

“Semua kena fikir sebelum cakap, bergurau atau nak mengusik… apatah lagi yang sensitif,”tambahnya

“Jadi saya harap Nabil dan mereka yang muda, faham…nak berjenaka jangan keterlaluan, “kata Jaafar Onn.

Perkembangan terkini, selain menjayakan rancangan TV, Jaafar dengan Dato Yusni Hamid,  Hazlina Kamsan, Rohana Jalil dan Salwa Abdul Rahman,  akan muncul di Wow Kl sempena  show case An Evening With Jaafar Onn, pertengahan Oktober ini.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!