FIESTA MED : USAHAWAN WIRA EKONOMI BAKAL ‘GEGAU’ MELAKA

Bagi yang berkunjung ke Melaka atau tinggal di Bandaraya Bersejarah itu, jangan lupa berkunjung ke Fiesta MED: Usahawan Wira Ekonomi anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang bakal berlangsung pada 26, 27 dan 28 April 2019.

Acara berlangsung selama tiga hari di MITC, Melaka ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik menerusi program-program yang boleh disertai oleh orang ramai secara percuma sahaja.

Fiesta MED : Usahawan Wira Ekonomi bakal melibatkan pelbagai agensi kerajaan di bawah MED bakal hadir sepanjang tiga hari berlangsung fiesta.

Program merangkumi aktiviti jualan, sukan, hiburan dan kemasyarakatan ini terbuka bukan sahaja kepada masyarakat di Melaka, tetapi juga pelancong yang bertandang ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada tarikh berkenaan.   

Antara aktiviti utama adalah jualan barangan dengan harga murah/ harga patut yang dibawakan oleh agensi SDSI kementerian berkenaan.

Selain itu, agensi Tekun pula akan menganjurkan jualan Harga Patut yang akan berlangsung selama tiga hari berturut-turutyang dipercayai paling mendapat tempat di hati pengunjung.  

Bagi memberi lebih kemeriahan, pelbagai acara menarik yang boleh disertai oleh orang ramai akan turut dianjurkan secara percuma. Meskipun percuma, ia menyediakan pelbagai hadiah menarik kepada pemenang, termasuk hadiah wang tunai.

Pada hari pertama, pertandingan Pidato Cilik dan persembahan pertandingan nasyid akan diadakan.

Acara ini terbuka kepada semua kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan isu yang bakal dikupas adalah berkaitan cabaran anak muda di masa akan datang. Manakala, sebelah malam pula akan berlangsung Ceramah Agama oleh Ustaz dan Ustazah jemputan.

Acara pentas akan terus disemarakkan pada hari kedua fiesta. Awal pagi dimulakan dengan Fun Run Bank Rakyat @ Fiesta MED. Penyertaan terbuka kepada kepada umum dengan sasaran lebih 3,000 peserta untuk larian sepanjang 5 kilometer.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof akan hadir pada upacara pelepasan sekaligus merasmikan Fiesta MED 2019.

Kemudian beliau akan mengadakan lawatan ke Alor Gajah bagi program menyantuni rakyat. Datuk Seri Mohd Redzuan turut sudi meluangkan masa makan bersama masyarakat setempat dalam satu jamuan rakyat bersama Pak Wan.

Sementera itu, di pentas utama Fiesat MED pula akan berlangsung pertandingan Battle Anak Muda yang mempertaruhkan bakat seni kumpulan muzik tempatan. Aktiviti ini bakal mempertaruhkan bakat-bakat di kalangan anak muda, yang gemarkan kepada bidang seni dan muzik.

Hadiah utama kepada pemenang Battle Anak Muda adalah sebanyak RM2000 sebagai juara, RM1500 kepada Naib Juara dan RM1000 kepada pemenang tempat ketiga. Tujuh lagi kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir turut menerima hadiah wang tunai.

Sebagai aktiviti salingan, orang ramai boleh cuba nasib di pentas Kaeroke Terbuka untuk penyertaan solo. Hadiah lumayan turut menanti setiap penyertaan.

Kemuncak hari kedua fiesta, satu sesi borak santai bersama usahwan selebriti akan diadakan pada sebelah malam. Antara artis yang bakal hadir  adalah Datuk Dr Fazley Yaakob sebagai moderator, Datuk DJ Dave, Shima, Zamani Slam, Andi Bernadee, Nubhan, Fara Hazel dan Izzue Islam. Dua pengacara penuh humor, Roslan Shah dan Ani Maiyuni akan bertindak selaku pengacara.

Bukan sekadar berkongsi tentang perniagaan yang mereka jalankan, artis-artis ini akan turut menghiburkan pengunjung dengan lagu popular.

Pada hari ketiga, terus menanti kehadiran pengunjung ke lokasi adalah acara penuh kemeriahan di pentas utama.

Pertandingan akhir Battle Anak Muda dan Kareoke Terbuka akan berlangsung. Selain itu, pengujung akan berpeluang untuk beramah-mesra dengan selebriti popular tanah air yang hadir membuka gerai jualan.

Pertandingan Gadis Panca AGAPE juga akan mengambil bahagian pada hari ke-tiga di mana pertandingan ini bakal melibatkan penganjuran daripada akhbar Mingguan Malaysia melalui sisipan popularnya, Pancaindera.

Untuk penyertaan Gadis Panca AGAPE, orang ramai boleh membuat semakan dalam sisapan tersebut pada setiap Ahad.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!