Fesyen Vaganza Amal 2019, ANAS ABDULLAH teruja

BERBESAR hati dapat bersama-sama menjayakan majlis amal untuk golongan istimewa. Itulah dirasakan oleh pereka pakaian terkenal Anas Abdullah  yang turut sama menjayakan Fesyen  Vaganza Amal 2019 di Dewan Besar Manhattan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada petang 20 April 2019.

“Terima kasih atas kepercayaan ini. Saya sudah menyelesaikan tugasan untuk menyediakan rekaan baju-baju baru untuk dilaram fesyen 60 model terdiri daripada artis dan anak-anak istimewa,” kata Anas Abdullah kepada URTV.

Nama pereka ini antara yang menjadi sebutan di kalangan artis-artis sebagai yang kreatif dan berbakat.

Majlis ini membariskan artis popular baharu dan lama bagi dana untuk Persatuan Down Sindrom Malaysia(PSDM) menerusi jualan meja.

Artis-artis popular tanah air Eirma Fatimah, Betty Banafe, Zahida Rafik, Ezylnn, Azura Azizdan ramai lagi sudi berhimpun menjayakan hari bersejarah sempena ulang tahun PDSM  dan mencatitkan Malaysia Book Of Records

Datuk DJ Dave, Afieq Syazwan, Wani Kyrie, ,Azura Aziz Sharifah Aina  dan Akhillah Zubir akan akan menjayakan acara hiburan di pentas.

Majlis ini yang dihadiri oleh Presiden PSDM Hanizan Hussien bakal menyaksikan 30 artis dan 30 anak-anak istimewa PSDM mencipta sejarah memperagakan fesyen amal rekaan Anas Abdullah.

Kepada yang ingin menyumbang sambil berhibur dengan membeli meja dan tiket silalah menghubungi 012-2252124 atau 012 6271806.

Jom tonton video apa komen Anas dan Azura untuk URTV. Dan untuk mereka yang ingin mengikuti live pertunjukan fesyen ini boleh mengikuti MHE TV yang akan menyiarkan secara langsung dari lokasi.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!