FASHA  SANDHA bukan jenis `membawang’- AIDIL AZIZ

BERBUAL dengan aktor kacak manis AIDIL AZIZ, 31, baru-baru ini,  Huzz merisik cerita hubungan akrab (baik) mereka berdua yang digosip orang sedang di alam percintaan.  Jom ikuti jawapan Aidil terhadap soalan-soalan Huzz.

Ceritakan tentang Fasha Sandha yang Aidil kenal?

“ Fasha baik, tak sombong dan  saya suka caranya.  Menyenangkan dan saya rasa selesa dengannya. Paling saya  suka , selama berkawan dengannya, dia bukan jenis `membawang’ (mengata hal orang).   Macam yang saya beritahu Huzz, sebelum ini, kami  mula berkawan baik waktu saya  mula berlakon drama bawah produksinya, September ini nak masuk lapan bulanlah  kami berbaik.

Selalu berjumpa atau dating? Usik Huzz.

“Kami ni tak lah selalu berjumpa. Kalau ada masa, masing-masing tak sibuk, barulah,  keluar makan berdua. Tak kisah di mana,  tak sorok daripada public (masyarakat)  boleh makan di mana sahaja.”

Dengarnya ahli keluarga semua dan kenal Fasha, anak-anak Fasha pun suka kan Aidil. Pernah makan masakan Fasha?

“Raya Aidilfitri tahun ini Fasha dah kenal keluarga saya. Dia datang beraya di kampung saya ( Negeri Sembilan).  Memang keluarga tahu saya baik dengannya. Anak-anak  Fasha panggil saya Pak Ngah sebab  itu panggilan anak –anak saudara kepada saya. Masakan Fasha?  Setakat ini belum lagi.”

Maaf tanya, bila dah berkawan baik, selesa bila nak kahwin?

“Kahwin? Kan saya cakap kami berkawan baik..hmmm no komen lebih lebih… bab itu.   Saya ni dah masuk 31 tahun ( Ogos 2018).

“Dulu berangan nak kahwin usia 30…nampaknya  belum ada jodoh. Doakan, tahun depan saya kahwin.”

Gigi Aidil cantik dan Fasha pun suka tengok, apa rahsia bergigi cantik?

“Rajin gosok gigi sahajalah. Tak ada rahsia lain.”

Bagaimana romantis cara Aidil Aziz?

“Saya jenis yang suka mengambil berat, beri perhatian dan mendoakan yang baik-baik. “

Apakah minyak wangi kesukaan Aidil Aziz yang selalu dipakai dan akan membuatkan orang teringat Aidil bila terbau harumannya?

“Saya memang sukakan jenama Paco Rabanne.”

Drama terbaharu lakonan Aidil?

“Menjayakan 13 episod judul  Kamar Kamariah  untuk TV3”jawab Aidil Aziz.

Sama-samalah kita mendoakan agar Aidil akan bertemu jodoh pada tahun depan. Walaupun dia berahsia, tapi kalau dalam hati mereka berbunga cinta,  semoga ia menjadi kenyataan.

Artikel ini telah disiarkan dalam majalah URTV edisi digital keluaran September 2018. Jangan lupa dapatkan majalah URTV edisi digital menerusi aplikasi eKarya di App Store (ios) dan Play Store (android)

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!