Fasha hamil, AIDIL MAHU ANAK LELAKI

SELEPAS bernikah dengan aktres Fasha Sandha, 35, akhir Mac tahun ini, aktor kacak Aidil Aziz, 30, terkejut dan teruja mendapat tahu  isterinya sedang hamil dua minggu.

“Saya terharu mendapat khabar gembira ini. Kalau boleh,  saya mahu Fasha hamil  anak lelaki,” katanya kepada URTV.

“Tentang karier…saya tak boleh nak komen tapi dalam keadaan sekarang, dia tak boleh buat kerja kerja berat,” tambahnya bila ditanya, apakah mahu Fasha berehat seketika daripada kesibukan di lokasi.

Aidil menitis air mata apabila mendapat khabar gembira tersebut

Aidil bersyukur berita baik diterimanya pada bulan Ramadan, bakal punya rezeki hasil perkahwinan dengan Fasha yang sudah punya dua orang anak Putera Rayfal Ramli, 6, Puteri Raisya Jemaima, 5 hasil perkahwinan  terdahulu dengan ahli perniagaan dari Perak.

Hubungan Aidil dengan kedua dua mereka sangat baik. Itu antara punca mengapa Aidil mendapat tempat di hati Fasha dan mahu berkahwin lagi setelah bercerai pada awal tahun 2016 dengan lelaki yang pernah dinikahi sekitar 2012.

Fasha dilihat sangat bahagia bersuamikan Aidil Aziz  yang loving orangnya.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!