FAD ANUAR hilang `aset’ gilaan wanita!

PELAKON kacak Fad Anuar mengaku ‘aset’nya yang pernah jadi gilaan ramai wanita kini sudah hilang! Hari ini,  penampilannya berbeza berbanding sebelumnya.

“Pernah ada mak janda  dan ramai wanita lain, mengaku jatuh cinta kerananya. Tapi sekarang, imej itu sudah hilang,”kata Fad kepada URTV Online.

“Gara-gara sering bercukur untuk drama TV Waris Pendekar Kundur (RTM) sudahnya,  langsung tak tumbuh-tumbuh dah bulu dada ni!  Bila kena jayakan banyak adegan tak berbaju dalam drama itu, saya cukur bulu dada. Nak nampak bersih.

“Ada yang tanya, tak mahu cari krim atau cari ubat agar bulu dada tumbuh balik?  Bagi saya, tak payahlah…saya  selesa saja,” tambahnya.

Bagi Fad kalau perempuan nak jatuh cinta  janganlah memandang bulu dadanya  tetapi menerima diri, seadanya.

“Buat waktu sekarang masih single. Belum fikir soal cinta atau kahwin. Kalau saya dah ada yang istimewa dan nak berumah tangga, saya akan berkongsi dengan  semua. Tak mahu berahsia.  Takut nanti, Eman Manan  `parang’ saya, “ katanya sambil ketawa.

Bagi yang sedar kemunculannya, Fad Anuar sudah ligat main drama TV sejak 2015 ini ialah anak saudara aktor Eman Manan, sebelah ibunya.

“Ayah saudara saya juga berpesan kalau nak jadi pelakon  yang berjaya kenalah jujur dengan kerja. Jangan suka menyusahkan orang lain,  kerjayalah dengan menguntungkan penerbit.  Tak perlu cari watak yang mencabar tetapi cabarlah diri dengan watak yang sedia ada,” cerita Fad.

“Tahun depan filem pertama saya akan ditayangkan. Judulnya,  Geran terbitan Layar Pictures Sdn Bhd.  Harapan saya. filem itu mendapat sambutan baik.

Sebelum ini, drama-drama TV dijayakannya  antaranya  Bodyguard (TV3), Marhaban Kome Oi (TV3), Lip Lap Raya (Hypp TV), Sumpah Ibu (TV3), Anak Jeneral ( RTM),  Lelaki Itu Pemilik Hatiku (TV3) Cik Sempurna (TV3),  Cinta Bunga Lalang ( RTM) dan Ku Rindu Kibarmu ( RTM).

Fad Anuar juga  minat dengan seni silat dan sudah  mengikuti Silat Melayu Lama, Gerak Israna Lama, Gayong, Terengganu, Jaw, Tapak Tokku Paloh dan Lian 14 Kemaman.

Biodata
Nama: Fad Anuar
Tarikh lahir: 11 September 1989
Adik-beradik:  Yang kedua dalam empat orang adik-beradik
Warna kesukaan: Putih dan hijau
Makanan: Masakan bonda dan Cina Muslim
Sukan: Tenis dan Bola seppak
Tokoh negara: Tun M dan Tun Dr Ismail
Artis jadi idola: Eman Manan dan Nordin Ahmad, Johnny dan Will Smith
Kerjaya:  Lakonan
I.g: @fad_anuar
fb: fad anuar

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!