EZZATY ABDULLAH sibuk berniaga sepanjang Ramadan

Foto: AZLINA OTHMAN

Pelakon Ezzaty Abdullah akui sepanjang bulan ramadan ini beliau sibuk dengan jualan produk kecantikan, Vermillion miliknya dengan membuka gerai jualan di beberapa festival jualan keperluan hari raya.

Menurut Ezzaty, bulan ini adalah peluang untuk dirinya menambah pendapatan selain meluaskan perniagaan produk miliknya kepada umum.

“Tahun ini saya sibuk menjual produk Vermillion Essence Mist dan telah membuka booth jualan PKNS BizPoint, Shah Alam sepanjang Ramadan.

“Selain itu, saya juga akan membuka booth jualan di beberapa festival jualan raya di Malaysia dan juga Singapura.

“Pada 17 Mei ini saya akan membuka booth di Singapura dan pada 24 hingga 26 Mei 2019 pula di Festival Gegar Gempak Raya, MAEPS Serdang dan juga Karnival Teratak Raya, Stadium Malawati, Shah Alam (25 dan 26 Mei 2019).

“Saya lebih suka turun padang apabila membuka booth kerana saya dapat berjumpa terus dengan pelanggan dan memberi mereka mencuba sendiri produk saya,” cerita Ezzaty yang lakonannya sedang ditayang menerusi drama empat episode, 4 Penjuru di Astro Citra sepanjang Ramadan ini.

Bercerita tentang Vermillion, isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini bersyukur produk agen anti penuaan yang dikeluarkan iaitu Vermillion Essence Mist sejak tahun 2015 semakin diterima.

“Alhamdulillah sambutan terhadap produk Vermillion semakin baik. Ramai yang berpuas hati dan setuju dengan produk ini sebagai agen anti penuaan.

“Vermillion Essence Mist membantu menegang dan menganjal kulit wajah dengan mudah. Hanya perlu sembur pada bahagia muka dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

“Selepas semburan kali pertama pengguna sudah boleh merasa dan lihat kesannya. Penggunaan kerap selama dua minggu akan nampak hasil yang lebih baik.

“Sepanjang bulan Ramadan ini saya membuat promosi istimewa untuk semua pelanggan sempena kemunculan produk terbaru iaitu Vermillion Anti Aging 24k Gold Soap With Collagen.

“Setiap pembelian Vermillion Essence Mist 30ml atau 10ml akan mendapat percuma Anti Aging 24k Gold Soap With Collagen (bernilai RM39),” kata Ezzaty.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!