EZUWAN ISMAIL belanja besar demi  E1?

BELANJANYA bukan sedikit. Dengar-dengar cerita dekat RM100,000 dihabiskan. Bukan sahaja modal untuk mendapatkan lagu single pertama tetapi banyak perkara lain termasuk penyediaan pakaian menampilkan imej mereka bertiga dengan gaya retro (bukan sehelai dua setiap seorang) bagi tujuan promosi dan persembahan di merata tempat.

Pendek kata, designer Ezuwan Ismail,37, yang sudah sembilan tahun dalam dunia fesyen ini,  tak lokek demi  menzahirkan minatnya  yang sekian lama ingin bergelar  penyanyi dengan menubuhkan kumpulan trio E1 Band.

“Berapa yang saya dah belanja tu? Biar rahsia. Apa yang menggembirakan usaha menjadi penyanyi dah terlaksana. Syukur dan terima kasih  kepada semua, apabila muzik video single pertama kami.

SEMALAM SAJA yang dimuatkan di Youtube petang semalam (14 Februari 2019), mendapat pelbagai respons. Ada yang suka dan ada yang memberi komen.

“Hasrat kami nak tampil dengan imej dan lagu era 70an tu, nampaknya dah diterima. Ada teruja dan suka dengan lagu ciptaan Asfan Shah itu. Namun dalam pada itu, ada yang memberikan  kritikan.  Bagi kami, itu bukanlah masalah kerana kritikan yang datang membantu  kami memperbaiki kekurangan.

“Setiap pendapat diterima secara positif. Mengenai vokal? Sejak awal pun, kami  maklum hal ini dan telah berguru dengan Cikgu Shafi M. Shariff dan Bob AF. Kami  akan terus berguru dengan Bob.

“Lagu Semalam Saja adalah permulaan saya bersama-sama dua model Ariff Imran, 25 dan Zulyasrani Zaulyadin, 30 untuk melangkah dalam dunia hiburan. Saya harap kami akan terus kekal bersama-sama.

“Terima kasih label Indigital Sdn Bhd sudi mengedarkan single  dan bekerjasama dengan kami ,” cerita Ezuwan kepada URTV.

Dan dengarnya, sesudah Semalam Saja, tak lama lagi, mereka bakal masuk studio rakaman lagi.

“Ya,Insya Allah untuk rakaman lagu raya pula. Kami bakal bekerjasama dengan seorang komposer yang terkenal dengan lagu-lagu raya  yang dinyanyikan ramai artis lain sebelum ini. Mengapa lagu raya? E1 Band pun mahu mempunyai lagu sempena Aidilfitri yang diraikan semua pada setiap tahun.

“Nanti bila dah siap dan sampai masanya,  saya kongsikan tentang single kedua ini, buat waktu ini besar harapan saya Semalam Saja terus mendapat tempat di hati peminat,” tambah Ezuwan mengakhiri perbualan.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!