ERRA FAZIRA berkolaborasi bersama SOFEAROSE menerusi THE PRIMADONA

Foto: AZLINA OTHMAN

Jenama tudung ekslusif, Sofearose tampil dengan koleksi hijab terbaharu hasil kolaborasi idea bersama pelakon, penyanyi dan primadona Malaysia, Erra Fazira.

Koleksi yang diberi nama The Primadona ini merupakan kerjasama pertama Erra bersama jenama hijab tempatan.

Menurut Erra, beliau amat teruja dengan kolaborasi bersama Sofearose untuk koleksi The Primadona ini dan amat berpuas hati dengan hijab eksklusif yang dihasilkan.

“Sofearose adalah sebuah jenama tempatan yang mempunyai misi dan visi untuk bukan sahaja berjaya di Malaysia malah pasaran luar negara. Mereka tidak hanya memandang pada sudut perniagaan sahaja, tapi islamik dan interpretasi seni.

“Kali pertama tengok produk Sofearose saya sudah jatuh cinta. Bila meraka ajak bekerjasama saya tidak berfikir panjang dan terus terima.

Erra Fazira

“Kolaborasi ini bukan atas faktor nama sahaja tapi juga citaras. Mereka mengambil kira apa yang saya ingin dan gabungkan dengan kepakaran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang menarik untuk pelanggan.

“Untuk koleksi The Primadona Series, kami memilih material premium berkualiti tinggi untuk menjadikan ia satu produk yang eksklusif dan melambangkan kemewahan.

“Warna bold dan classy menjadi pilihan kerana ia sesuai menggambarkan Primadona. Begitu juga dengan rekaan yang diketengahkan dengan elemen dan cerita tersendiri mengenai apa itu Primadona,” kata Erra semasa majlis pelancaran The Primadona Show di The Ame Soeur, Bukit Jalil petang Khamis.

(Dari kiri) Pengarah Urusan Sofearose, Muhammad Zaki Yusof, Pengarah Seni Sofearose, Farrah Ain dan Erra Fazira

Menurut Pengarah Seni Sofearose, Farrah Ain, pihak Sofearose sudah lama mengidamkan untuk bekerjasama dengan Erra kerana semangat tinggi yang ada pada dirinya yang sesuai untuk koleksi The Primadona.

“Kami sudah lama menanam impian untuk menaikkan jenama Sofearose dengan berkolaborasi bersama pihak lain seperti artis atau selebriti popular.

“Untuk tahun 2019 ini, Sofearose ingin mengeluarkan koleksi tudung yang ekslusif serta nampak mewah dan kami telah memilih untuk berkolaborasi dengan Erra kerana dia mempunyai aura seorang primadona bersemangat tinggi yang menjadi inspirasi wanita diluar sana.

Farrah bersama Erra Fazira semasa pelancaran koleksi hijab The Primadona

“Hasil perbincangan dan gabungan idea, maka terhasillah koleksi The Primadona yang menampilkan rekaan simbolik kehidupan dan karektor seorang primadona yang dikanvaskan di atas hijab.

“Koleksi hijab ini diinspirasikan oleh personaliti dan karektor Erra. Pemilihan warna simbolik kepada karektor Erra yang berani, berdikari dan berjaya dalam kelasnya yang tersendiri.

Sebahagian koleksi hijab The Primadona

“Dari segi pemilihan fabrik, kami memilih matte satin yang sinonim dengan citarasa mewah. Masih mengekalkan identiti Sofearose iaitu hijab patuh syariah yang berukuran lebar, sebanyak tiga rekaan dengan empat pilihan warna ditawarkan,” katanya tentang koleksi The Primadona yang hadir bersama kotak dan poskad eksklusif yang ditandatangan oleh Erra Fazira.

Koleksi The Primadona Series boleh didapati secara atas talian di www.sofearose.com atau butik Sofearose di Melawati Mall, Shah Alam dan Bangi Sentral pada harga RM129 bermula 26 April 2019. Untuk pelanggan terawal akan mendapat potongan sebanyak 10% untuk waktu terhad.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!