Emak LINDA & DIANA RAFAR meninggal dunia

Emak kepada anggota kumpulan Elite, Linda Rafar iaitu Rasimah Abd. Rahman telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan, malam tadi. 

Berita duka tersebut dimaklumkan oleh Linda menerusi IG Story di laman Instagram miliknya dengan menulis, ‘Al-Fatihah. Linda sayang mak’.

Adik Linda, pelakon, Diana Rafar turut berkongsi emaknya sudah dijemput ilahi di IG Story.

“Assalamualaikum, baru sekejap tadi mak Diana sudah meninggal dunia. Tolong doakan mak.” 

Jenazah ibu kedua selebriti ini akan dibawa pulang ke kediaman Linda di Shah Alam dan solat jenazah akan diadakan di Surau D’Kayangan, esok pagi.

Takziah URTV ucapkan kepada seluruh keluarga Linda dan Diana. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatakan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!