“ELLIE SURIATY hanya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia” –  JOHAN AS’ARI

Pelbagai Komen negatif dan positif apabila aktres Ellie Suriaty menyatakan sokongan secara terbuka terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, pada Rabu lepas.

Sokongan lantang Ellie yang dianggap kurang sesuai di perkarangan Mahkamah, menimbulkan banyak kritikan.

Setiap orang mempunyai pandangan dan berhak meluahkan isi hati masing-masing.

Bagi pelakon kacak bertubuh sedap, Johan As’ari menyifatkan Ellie berhak bersuara menyatakan pendapatnya.

Cerita Johan, “Pandangan saya berkenaan isu Kak Ellie yang melaungkan sokongannya terhadap Datuk Seri Najib, itu adalah sebagai tanda terima kasih terhadap jasa pemimpin itu selama ini.

“Saya percaya Kak Ellie telah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

“Sepanjang saya mengenalinya, beliau tidak pernah melakukan serangan peribadi ke atas mana-mana individu.

Johan As’ari

“Bagi saya, Kak Ellie hanya  menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk bersuara.

“Kak Ellie mungkin terlalu bersemangat dalam menegakkan apa yang dirasakan benar untuk diperjuangkan pada ketika itu.

“Pada saya, Kak Ellie masih menjaga adabnya dalam meraikan demokrasi.” Luah Johan yang menegaskan setiap orang ada hak untuk meluahkan pendapat.

Johan juga mempunyai pendapat tersendiri mengenai isu peguam negara menggunakan Bahasa Inggeris.

Sambung Johan, “Tentang isu bahasa Melayu, ia telah termaktub dalam akta perlembagaan (152), di mana bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa-bahasa yang lain boleh diraikan dalam suasana tertentu.

“Hal ini menunjukkan bahawa apa sahaja hal-hal yang berkaitan dengan urusan rasmi kerajaan, maka penggunaan bahasa yang harus digunakan adalah bahasa Melayu. Wallahualam.” Jelas Johan lagi.

Johan (kiri) dan Ellie Suriaty (dua dari kanan) bersama mantan Perdana Mentei, Datuk Seri Najib Razak dan isteri.

URTV doakan isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Walaupun mempunyai perbezaan pendapat, URTV yakin, kita semua sayangkan Malaysia dan mahukan yang terbaik.

Pasal kerjaya, Johan bakal muncul dalam siri drama Kopi (Iflix) yang mengisahkan tentang golongan skinhead.

Filem terbaru Johan yang akan ditayangkan adalah 7ujuh gandingannya bersama Siti Saleha, Riz Amin dan ramai lagi.

Johan juga akan muncul dengan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof dan sebuah filem arahan Mawi.

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!