ELLA, CROMOK, PRIME DOMESTIC & SIL KHANNAZ gegar Pasir Gudang September ini!

RUGI kalau tak pergi… Itulah yang pasti dirasakan jika anda betul-betul peminat irama Rock! Dua konsert rock berbeza ini bergabung di bawah satu nama iaitu Malam Bintang Lagenda yang bakal ‘menggegarkan’ Stadium Perbandaran, Pasir Gudang, Johor!

Konsert Rockstars anjuran D Grand Stage Event yang bakal berlangsung pada 7 September ini menampilkan ratu rock negara Ella sebagai tarikan utama dan Prime Domestic sebagai artis jemputan.

Menurut Ella,beliau akan menyajikan sesuatu yang istimewa dalam berlainan pada malam konsert tersebut.

Katanya, “Untuk konsert ini, konsep yang akan saya bawakan adalah rock & roll. Maksudnya, susunan muzik yang ditonjolkan juga berkonsepkan rock & roll.

“Untuk kali ini, saya memilih pengarah muzik Aji Samin dan pemuzik-pemuzik yang sudah biasa bekerjasama dengan saya. Insya Allah… dengan pengalaman kerjasama kami selama ini, ia akan menghasilkan satu konsert yang pastinya memuaskan anda semua.

“Tak dianfikan, bila muncul dengan konsert pastinya peminat mahukan saya bawa lagu-lagu malar segar yang menjadi kegemaran mereka. Bukan itu sahaja, saya juga akan menyanyikan lagu yang jarang diputarkan di radio.

“Nak tahu gimik atau kelainan lain pada malam konsert tersebut, peminat kenalah datang. Kalau beritahu sekarang, sudah tidak surprise lagi.”

Luah Ella yang berasa teruja untuk berada satu pentas dengan Prime Domestic yang dianggotai oleh Aweera sebagai vokalis, Hillary Ang (gitaris), Fauzi (pemain bes) dan Ainoll (pemain dram).

Tiket Konsert Rockstars boleh didapati  dengan harga RM58 (Lepak Zone), RM78 (Rama-Rama Zone), RM80 (Kasih Zone), RM150 (7.1 Surround Zone) dan RM250 (Gemilang Zone).

Manakala band metal terkenal Cromok akan beraksi dalam Konsert Metal Legend II anjuran Dream Stage pada 8 September  ini dengan menampilkan Sil Khannaz sebagai tetamu istimewa.

Sudah lebih 31 tahun dalam industri, Cromok yang dianggotai oleh  Sam selaku vokalis dan pemain bes, Karl (gitaris) seerta Miji (pemain dram) ini masih belum hilang ‘taringnya’.

Sebut saja Cromok, pasti tiket konsertnya laris. Mahal macam mana pun tiket, tetap sold out. Itulah kehebatan  kumpulan yang menjadi perintis muzik thrash metal ini.

Untuk konsert kali ini, Cromok akan tampil dengan lebih bertenaga dan mempersembahkan lagu-lagu yang menjadi siualan para peminatnya.

Bukan itu sahaja, bagi menghangatkan suasana, pentas konsert ini bakal digegarkan juga oleh band jemputan  iaitu Sil Khannaz yang juga berpaksikan aliran muzik metal.

Apa yang istimewanya, kedua-dua konsert ini menggunakan sistem bunyi 5:2 Stereo Surround. Ini merupakan pertama kali sistem bunyi keliling ini digunakan untuk konsert tempatan. Pasti havoc kan?

Apa tunggu lagi? Jom beli tiket Konsert Metal legend II  yang boleh didapati dengan harga  RM48 (Lepak Zone),  RM68 (Thrash Zone), RM90 (Hardcore Zone), RM180 (VIP Lepak Zone) dan RM250 9VIP Hardcore Zone).

Tiket kedua-dua konsert ini boleh dibeli melalui online www.ilassotickets.com.

Bermula 3 September 2018, tiket juga boleh dibeli di kaunter pintu masuk Stadium Perbandaran Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan boleh  hubungi di talian:  03-21706333 (Ilasso Tickets), 010-3837552 (D Grand  Stage Event) dan 017-2630437.

Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!